Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Undian dua calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak sama

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, pada Isnin lalu memperlihatkan keputusan ganjil di mana kedua-dua calon kerajaan menerima jumlah undi yang berbeza.



Datuk Ramli Mohd Nor (Barisan Nasional-Cameron Highlands) memperoleh 148 undi manakala Cik Alice Lau (Pakatan Harapan-Lanang) mendapat 146 undi.



Pada mulanya diandaikan bahawa dua ahli parlimen kerajaan tidak mengundi Cik Lau.



Bagaimanapun, Ahli Parlimen yang enggan dikenali memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dimaklumkan dengan pasti bahawa dua ahli parlimen kerajaan sebenarnya tidak hadir semasa pemilihan timbalan speaker.



Semakan oleh Malaysiakini menerusi siaran langsung Parlimen mendapati bahawa salah seorang daripada dua pelapis kerajaan yang hilang ialah Encik M Saravanan (BN-Tapah).



Kerusinya masih kosong sebelum pengundian sehingga selesai. Encik Saravanan bagaimanapun hadir kemudian semasa undi percaya.



Sumber Ahli Parlimen berkata mereka dimaklumkan oleh kakitangan Parlimen bahawa dua undi tambahan untuk Datuk Ramli adalah daripada Perikatan Nasional (PN) walaupun identiti mereka tidak didedahkan kepada ahli parlimen.



Ahli Parlimen dibenarkan mengundi sama ada satu atau dua daripada tiga calon timbalan speaker.



Usul undi percaya, pelantikan Speaker menjadi tumpuan hari pertama persidangan Dewan Rakyat.



Keputusan dicapai melalui undi bersurat dalam kalangan ahli Parlimen.



Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Datuk Ramli daripada Barisan Nasional (BN) dan Cik Lau daripada DAP sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat serta disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.



Sementara itu, seorang lagi calon iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mewakili blok pembangkang memperolehi 74 undi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >