Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Unicef seru bantuan tambahan ke kawasan dilanda gempa di Turkey, Syria

Apr 08, 2023 | 05:30 AM



TORONTO: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Turkey menyeru masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan tambahan selepas gempa bumi besar melanda 11 wilayah di Turkey dan di utara Syria.



Unicef Turkey merayu tambahan bantuan AS$138 juta ($183 juta) bertujuan membantu kanak-kanak dan keluarga yang terjejas akibat bencana berkenaan.



Wakil Unicef di Turkey, Cik Regina de Dominicis, berkata bantuan jangka panjang turut diperlukan untuk penduduk di kawasan terbabit supaya mereka boleh pulih dan mula membina semula kehidupan.



Cik Dominicis berkata, walaupun respon bantuan kemanusiaan pantas, masa depan jutaan kanak-kanak dan keluarga tidak menentu kerana kekurangan sumber.



"Sokongan tambahan penting untuk memastikan kanak-kanak dilindungi dan keperluan mereka dipenuhi sebagai bahagian tengah pemulihan," katanya.



Beliau berkata, gempa bumi awal Februari lalu menjejaskan hampir empat juta pelajar sekolah dengan 1.5 juta pelajar menyambung pelajaran di kawasan gempa, manakala ramai lagi berisiko ketinggalan dalam pendidikan mereka.



Unicef membiayai pembaikan kira-kira 1,700 sekolah dan menyokong Kementerian Pendidikan Turkey dengan membina bilik darjah sementara dan khemah.



Unicef sudah membantu lebih 390,000 mangsa dengan kit kebersihan, selimut dan pemanas.



Agensi itu turut menyokong usaha Turkey untuk menyediakan vaksin, peralatan perubatan dan bekalan kepada mangsa gempa bumi.



Lebih 50,000 orang terbunuh pada 6 Februari lalu apabila gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud melanda 11 wilayah Turki terdiri Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.



Lebih 13.5 juta orang di Turkey terkesan akibat gempa bumi yang dahsyat termasuk ramai lagi di utara Syria. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >