Universiti Al-Azhar tarik balik langkah buang pelajar wanita dirakam peluk lelaki
Premium
Universiti Al-Azhar tarik balik langkah buang pelajar wanita dirakam peluk lelaki
Jan 16, 2019 | 5:30 AM

-
KAHIRAH: Universiti ulung Mesir, Al-Azhar, kelmarin membatalkan keputusannya membuang seorang pelajar wanita yang dirakam memeluk seorang rakan lelakinya, selepas ulama terkemuka negara itu campur tangan.
Dalam sebuah video yang tersebar pada awal bulan ini, seorang lelaki dilihat membawa sejambak bunga dan berlutut di hadapan seorang wanita dan kemudian memeluknya dalam apa yang kelihatan merupakan satu lamaran.

