Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Universiti China naikkan yuran pengajian hingga 55%

Jun 06, 2023 | 05:10 PM



BEIJING: Sebilangan universiti China meningkatkan yuran pengajian dengan banyaknya tahun ini, dengan beberapa universiti itu melakukan kenaikan pertama mereka dalam tempoh dua dekad, terjejas oleh peruntukan belanjawan negara yang berkurangan buat pendidikan tinggi selain masalah kewangan ketat pihak berkuasa setempat.


Yuran lebih tinggi itu dilaksanakan di tengah-tengah masalah kewangan dihadapi penguasa tempatan selepas tiga tahun pandemik Covid-19 melanda hingga mengakibatkan krisis hartanah dan ekonomi yang lembap.

Universiti China, hampir kesemuanya universiti awam, sangat bergantung kepada pembiayaan negara.

Universiti Sains dan Teknologi East China yang berpangkalan di Shanghai menaikkan yuran pengajian sebanyak 54 peratus kepada 7,700 yuan ($1,460) setiap tahun bagi beberapa pelajar baru dalam jurusan sains, kejuruteraan dan pendidikan jasmani, serta sebanyak 30 peratus dalam seni liberal, menurut kenyataan dikeluarkan pada Ahad.

Tuisyen bagi jurusan sains dan kejuruteraan meningkat sebanyak 40 peratus di Universiti Shanghai Dianji, manakala pelajar jurusan pengurusan, ekonomi dan sastera perlu membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding 2022, menurut satu pemberitahuan pada Isnin.

Pada April, hab kewangan Shanghai memutuskan, selepas satu perbincangan awam, untuk menaikkan yuran tuisyen – yang tidak berubah selama lebih 20 tahun – bagi tahun akademik bermula musim luruh 2023.

Wilayah barat daya China, Sichuan, dan timur laut Jilin, turut menaikkan tuisyen bagi jurusan berbeza, dengan peningkatan maksimum sebanyak 41 peratus di Sichuan, menurut kenyataan pihak berkuasa setempat.

Jangkaan perbelanjaan bajet kementerian pendidikan buat pendidikan tinggi pada 2023 turun 3.7 peratus kepada 102.6 bilion yuan daripada 2022, menurut satu laporan belanjawan kementerian itu.

Selain itu, satu kajian pula mencadangkan meningkatkan yuran pengajian buat pelajar antarabangsa kepada sebanyak 110,000 yuan setahun daripada kira-kira 20,000 yuan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >