Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Upacara pengebumian bagi mangsa bencana Indonesia diadakan

Oct 01, 2018 | 04:50 PM



PALU - INDONESIA: Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian besar-besaran yang diadakan hari ini bagi kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi.



Peningkatan angka korban mendorong pihak berkuasa mengumumkan langkah pengebumian besar-besaran dalam satu liang lahad pada hari ini dalam usaha mencegah penularan wabak dan penyakit.



"Jumlah kematian akan terus meningkat. Pengebumian beramai-ramai mayat mangsa akan dimulakan segera," kata jurucakap agensi mitigasi bencana, Encik Sutopo Purwo Nugroho.



Beliau menerusi Twitter turut memberi amaran kepada penduduk supaya tidak percaya dengan khabar angin tentang ramalan gempa dan tsunami yang tersebar di media sosial.



Pasukan penyelamat sedang berhempas pulas untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan walaupun berdepan kesukaran kerana kekurangan peralatan.



Difahamkan, kira-kira 60 mangsa dipercayai terperangkap di bawah hotel Palu yang runtuh dalam kejadian itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >