Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penangkapan Najib Razak

Usah menitis air mata, kata Rosmah selepas Najib dituduh di mahkamah

Jul 05, 2018 | 11:45 AM



 





KUALA LUMPUR:  Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberitahu penyokongnya supaya tidak menitiskan air mata walau suaminya itu kini menghadapi tuduhan di mahkamah.



“Usah menangis. Saya tidak mahu sesiapa menangis,” kata Datin Seri Rosmah Mansor, pada Rabu (4 Julai) di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana Najib menghadapi tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalah guna kuasa, ekoran siasatan tentang penglibatannya dalam kehilangan wang berbilion dolar dari dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



“Anda semua bersemangat lebih kental,” kata beliau kepada beberapa wanita yang memakai hijab merah.



Datin Rosmah, yang menyarungkan baju kurung berwarna kuning air dengan motif bunga, dilihat seketika di sana, beberapa jam selepas prosiding mahkamah bermula.



Turut dilihat di mahkamah adalah anak-anaknya, Nooryana Najwa Najib dan Norashman Najib, yang tiba untuk membayar ikat jamin.



Mohd Nizar Najib, salah seorang anak Datuk Najib dari perkahwinan pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, juga dilihat di mahkamah.



Peguam bela Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent mengadakan ‘watching brief’ atau taklimat pemerhati bagi Datin Rosmah, sebagai klien yang tidak terlibat secara langsung.



Tuduhan yang dikenakan pada Rabu adalah berkaitan dana sekitar RM42 juta ($14.13 juta) yang didakwa disalurkan dari SRC International - bekas unit 1MDB - ke akaun bank peribadi Datuk Najib. Perbicaraan dijadual berlangsung dari 18-28 Februari tahun depan.



Datin Rosmah, pada 5 Jun, telah merakamkan kenyataannya berkenaan peralihan dana itu di Suruhanjaya Pencegahan Rasuam Malaysia (MACC).



Akhbar bahasa Cina di Malaysia, Sin Chew Daily, melaporkan Datin Rosmah berkemungkinan ditangkap (MACC) dan turut dikenakan tuduhan di mahkamah, menukil hujah sumber dari agensi pencegahan rasuah itu.



Namun sumber itu enggan mendedahkan bila tindakan itu akan diambil ke atas Datin Rosmah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >