Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG MUSIM HAJI 2022

Usaha agensi Saudi sedia pakej khidmat, percepat prosedur ketibaan jemaah

Jun 16, 2022 | 06:21 AM



MADINAH: Lebih 100,000 jemaah dari seluruh dunia telah tiba di Arab Saudi untuk melaksanakan ibadah haji.



Sehingga kelmarin, seramai 99,884 jemaah telah tiba di negara itu, menurut laporan akhbar bahasa Inggeris, Saudi Gazette.



Menurut laporan oleh agensi di bawah Kementerian Haji dan Umrah bagi Ehwal Lawatan di Madinah, jumlah jemaah yang tiba di Arab Saudi kelmarin ialah seramai 17,132 orang.



Laporan itu menunjukkan perangkaan umum jemaah keseluruhan yang tiba di Arab Saudi melalui kesemua pelabuhan sehingga kelmarin.



Seramai 13,123 jemaah tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Abdulaziz di Madinah kelmarin.



Ini di samping jemaah yang tiba lebih awal, iaitu seramai 73,891 orang.



Laporan itu turut menunjukkan jumlah jemaah yang meninggalkan Madinah untuk berangkat ke Makkah kelmarin melalui Pusat Perkumpulan Jemaah di Madinah mencapai 4,539 orang.



Secara keseluruhannya, terdapat 9,131 jemaah yang berangkat melalui pusat itu.



Sekitar 68,543 jemaah terus kekal di Madinah.



Agensi itu sedang berusaha menyediakan pakej perkhidmatan kepada jemaah dan pengunjung ke Masjid Nabawi di Madinah.



Ia melakukan 189 pemeriksaan untuk menilai taraf dan mutu tempat tinggal jemaah, dan menangani 285 kes pemindahan tempat tinggal dan 37 kes individu yang meninggalkan penginapan mereka.



Sementara itu, terdapat 121 jemaah yang hilang dibantu pulang ke tempat tinggal mereka.



Agensi itu menjalankan 13 lawatan pemeriksaan untuk mengunjungi jemaah yang dimasukkan ke hospital, dan 86 lawatan untuk menilai prestasi penyedia perkhidmatan.



Penilaian sampel mengenai kesediaan tempat penginapan jemaah mencapai 75 peratus, kata agensi itu, sambil menambah tidak ada jemaah dilaporkan hilang sejauh ini.



Agensi itu juga sedang berusaha mempercepatkan masa untuk menyelesaikan prosedur menerima jemaah sejurus ketibaan mereka.



Tempoh masa purata untuk menyelesaikan prosedur bagi seorang jemaah yang berada di luar ruang menunggu lapangan terbang tahun ini ialah 29 minit - lebih cepat berbanding 36 minit semasa musim haji pada 2019.



Tempoh masa purata bagi menyelesaikan prosedur bagi jemaah di dalam dan luar ruang menunggu lapangan terbang ialah 102 minit bagi musim haji tahun ini - cepat sedikit berbanding 127 minit pada 2019.



Laporan itu menambah bahawa tempoh masa purata bagi menyelesaikan prosedur bagi perjalanan di bawah Inisiatif Jalan Raya Makkah ialah 55 minit berbanding 60 minit bagi musim haji 2019. - Agensi berita.



MENJELANG MUSIM HAJI 2022 BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >