Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha cari mangsa feri karam di Bali diteruskan

Sekurang-kurang 7 maut sementara 11 lagi masih hilang
Jul 01, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya tujuh penumpang maut setelah sebuah feri yang membawa 57 penumpang dan kru, tenggelam dipercayai akibat dipukul badai di Selat Bali, Indonesia, kelmarin.



Menurut kenyataan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), kejadian pada 7.12 malam itu berlaku ketika feri KMP Yunice dalam perjalanan dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi di Jawa Timur, menuju ke Pelabuhan Gilimanuk.



Gilimanuk merupakan bandar pelabuhan di barat Bali.



Arus kuat dipercayai menyebabkan feri sepanjang 56.5 meter dan 8.6 meter lebar itu terbalik dan tenggelam.



Ketua Basarnas Bali, Encik Gede Darmada, dalam laporannya pagi semalam sebagai berkata jumlah korban adalah tujuh orang, selamat 39 orang dan 11 lagi masih dicari.



Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL) telah mengerahkan dua kapal perang bagi membantu menangani kemalangan itu, lapor Kompas.com semalam.



Kapal perang Indonesia (KRI) Rigel-933 dan KRI Soputan-923 telah mengarah ke perairan Gilimanuk, Bali, bagi membantu KMP Yunice.



KRI Rigel-933 yang berada di bawah jajaran Pusat Hidro-Oseonagrafi (Pushidrosal) TNI-AL dipimpin Leftenan Kolonel (Pelaut) Jaenal Mutakim, sementara KRI Soputan-923 diketuai Letkol (P) Nanan Masihna, menurut badan perhubungan awam TNI-AL.



KRI Rigel-933 dilaporkan telah menemui bot penyelamat penumpang yang diangkat dengan menggunakan kren. Ia ditemukan tidak jauh dari sebelah barat Dermaga Gilimanuk yang berjarak satu batu nautika.



Feri yang mengalami nahas ini mempunyai 15 anak kapal yang mengangkut kenderaan sebanyak 40 unit.



Antara muatannya termasuk 17 unit pikap, dua kenderaan keluarga dan 18 unit trak serta tiga motosikal.



Salah seorang penumpang yang terselamat, Encik Sukro Winoto, 44 tahun, menceritakan detik-detik feri tersebut tenggelam.



Menurutnya, feri yang membawa muatan ke Bali itu miring tiba-tiba selepas maghrib.



Tidak lama kemudian katanya, feri itu mulai tenggelam.



Beliau lantas memakai pelampung dan melompat ke laut.



Sementara menunggu untuk diselamatkan, beliau berteriak minta tolong.



"Ada setengah jam menunggu feri lewat dan teriak minta tolong," kata Encik Sukro, di Ketapang, kelmarin.



Encik Gede Darmada berkata semasa kejadian, feri terbawa arus ke selatan dari Pelabuhan Gilimanuk.



Pada masa itu keadaan feri mulai miring dan langsung tenggelam di selatan Pelabuhan Gilimanuk.



"Benar musibah pelayaran terhadap KMP Yunicee yang terseret arus dan tenggelam di perairan Pelabuhan Gilimanuk," kata Encik Gede, semasa dihubungi Kompas.com kelmarin.



Menurutnya, feri itu sedang dalam pelayaran bagi laluan Ketapang-Gilimanuk.



Pasukan mencari dan menyelamat dari Jembrana dan Buleleng telah dikerahkan menuju ke LKP Pelabuhan Gilimanuk untuk melakukan gerakan menyelamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >