Usaha jadikan UAE negara paling berinovasi dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha jadikan UAE negara paling berinovasi dunia

Feb 22, 2023 | 5:30 AM

Usaha jadikan UAE negara paling berinovasi dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ROBOT POLIS: Penciptaan robot menggantikan tugas polis adalah sebahagian daripada program bandar UAE yang menyokong idea inovasi dan penggunaanya dalam sektor awam. - Foto DUBAI POLICE
ROBOT POLIS: Penciptaan robot menggantikan tugas polis adalah sebahagian daripada program bandar UAE yang menyokong idea inovasi dan penggunaanya dalam sektor awam. - Foto DUBAI POLICE -

FEBRUARI 2023 ini, Amiriah Arab Bersatu (UAE) menganjurkan festival inovasi selama sebulan, melibatkan jabatan kerajaan, perniagaan kecil dan berbilang negara serta badan-badan pendidikan, bertujuan mempromosi UAE sebagai hab kreativiti.

Bulan Inovasi ini dianjurkan oleh Pusat Mohammed Bin Rashid Centre bagi Inovasi Pemerintah (MBRCGI).

Sepanjang Februari ini, setiap satu daripada tujuh wilayah, yang membentuk UAE, masing-masing akan menganjurkan program mereka untuk menjayakan usaha ini, dengan turut melibatkan para pelajar serta golongan muda.

Program ini adalah sebahagian daripada Strategi Inovasi UAE, yang dilakar untuk menjadikan UAE sebagai "sebuah negara paling berinovasi di dunia."

Kegiatan Bulan Inovasi 2023 ini bermula pada 1 Februari, dan akan berterusan hingga 28 Februari, dengan slogan UAE Berinovasi 2023.

Bagi 2023 ini, kegiatannya tertumpu kepada kelestarian, selaras dengan pengisytiharan Presiden UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, yang menjadikan tahun 2023 sebagai "Tahun Kelestarian."

Festival ini bertujuan meraikan inovasi di UAE dan menyokong pelaksanaan strategi kemajuan inovasi kebangsaan, meningkatkan pembangunan idea dan keupayaan inovatif dan mewujudkan budaya inovasi yang meluas.

Ia juga menyumbang kepada mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab sejagat bagi inovasi.

Sesi 2023 ini, merupakan yang ke-8, menampilkan penyertaan antarabangsa dari beberapa negara, buat kali pertama serta mengesahkan reputasinya sebagai yang terbaik di dunia.

Anugerah Inovasi UAE juga mula diperkenal pada Februari 2021, bagi mengiktiraf individu atau pertubuhan di UAE.

Ini selaras dengan usaha berterusan UAE untuk menyokong idea inovasi dan penggunaannya dalam sektor awam.

Bulan Inovasi UAE 2023 ini akan menyaksikan peranan barunya, iaitu menganjurkan ratusan kegiatan dan penyertaan, termasuk pertandingan dan persembahan di pelbagai daerah merata UAE.

Acara penutup bulan inovasi ini akan diadakan besar-besaran dengan penyampaian anugerah menjadi kemuncak perayaan.

Bulan Inovasi UAE ini telah membantu memperkenal idea inovasi yang menyumbang ke arah pertumbuhannya bagi masa depan.

Bagi 2023 ini, pihak penganjur akan terus menyediakan wadah bagi perbincangan dan bertukar-tukar pendapat bagi menggalak inovasi yang memberi faedah ke arah pembangunan prasarana UAE dan memperbaiki taraf kehidupan rakyat negara itu.

Daya usaha ini merupakan salah satu festival inovasi terbesar di dunia.

Ia menyatukan kegiatan sepanjang bulan ini, entiti inovatif, institusi dan individu dalam sektor awam dan swasta, serta akademik dan institusi masyarakat.

Dalam Indeks Inovasi Global (GII), melalui suatu penunjuk kecil, UAE mengatasi negara di dunia dalam Kos Pemberhentian Berlebihan, Sekitaran Perniagaan, Dasar-Dasar Perniagaan dan Budaya, Pendidikan Tinggi, dan"Mobiliti Dalam Negeri di peringkat Pendidikan Tinggi.

Strategi Inovasi UAE menggariskan beberapa sektor penting termasuk pengangkutan, sektor penerbangan, tenaga, teknologi, kesihatan dan pendidikan.

  1. Penulis seorang pengamat perkembangan di Timur Tengah. Beliau ialah penulis tamu.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg