Topik diikuti
Pergi ke BHkuUsaha kerah bantuan kepada mangsa gempa di Lombok diteruskan
1 of 3
Aug 28, 2018 | 5:30 AM
Usaha kerah bantuan kepada mangsa gempa di Lombok diteruskan
JAKARTA: Siri gegaran kuat gempa bumi yang melanda pulau Lombok, Indonesia, telah mengorbankan sehingga 555 orang dan mencederakan hampir 1,500 yang lain, kata agensi bencana negara itu dengan ratusan ribu lain hilang tempat tinggal.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata, kira-kira 390,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas bencana itu dengan pertubuhan bantuan berikrar meningkatkan bantuan kemanusiaan di pulau berkenaan ketika penduduk bergelut di kem pemindahan sementara.