Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PESAWAT SRIWIJAYA TERHEMPAS

Usaha mencabar cari kotak hitam

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Penyelam Indonesia semalam meneruskan usaha kembali ke dasar Laut Jawa yang dipenuhi serpihan pesawat Sriwijaya yang terhempas Sabtu lalu, untuk mencari kotak hitam yang mungkin menjadi kunci membuka misteri mengapa pesawat dengan 62 penumpang itu menjunam ke laut.



Kira-kira 3,600 anggota mengambil bahagian dalam usaha mencari, dibantu puluhan kapal dan helikopter.



Gambar dari dasar laut menunjukkan penyelam berusaha meredah air laut keruh sedang mereka mencari kotak hitam dari kalangan ribuan serpihan pesawat malang itu.



Pihak berkuasa setakat ini tidak dapat menjelaskan mengapa pesawat berusia 26 tahun itu terhempas hanya empat minit selepas berlepas.



Tetapi mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai lokasi kotak hitam setelah menerima isyarat dari peranti, yang merakam maklumat mengenai kelajuan, ketinggian dan arah pesawat serta perbualan kru penerbangan.



Data kotak hitam membantu menjelaskan hampir 90 peratus semua kemalangan, menurut pakar penerbangan.



Tetapi kotak-kotak itu mungkin tersembunyikan di bawah lapisan lumpur atau tertindih bangkai pesawat di perairan sedalam 23 meter, dan penyelam harus bergelut dengan cuaca yang kuat dan buruk.



"Mereka harus meredah sampah, serpihan lain (di dasar laut) dan lumpur. Jjarak pandang juga menjadi cabaran," kata Encik Yusuf Latif, jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia.



Agensi mengerahkan sebuah kenderaan kawalan jarak jauh untuk membantu penyelam, sedang penyiasat memeriksa bangkai pesawat yang di bawa ke pelabuhan.



Sejumlah beg yang diisi dengan mayat manusia dibawa ke bilik mayat polis di mana penyiasat berharap dapat mengenal pasti mangsa dengan memadankan cap jari atau DNA dengan anggota keluarga sedang meratap kehilangan mangsa.



Lewat Isnin, pihak berkuasa mengenal pasti pramugari Okky Bisma, 29, sebagai mangsa pertama yang disahkan setelah memadankan cap jari dari tangan yang ditemui dengan mereka yang ada dalam pangkalan data identiti pemerintah.



Terdapat 10 kanak-kanak di antara penumpang di pesawat separuh penuh, yang dipandu juruterbang berpengalaman ketika meninggalkan Jakarta menuju ke bandar Pontianak di pulau Borneo dalam penerbangan selama 90 minit.



Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Nurcahyo Utomo kelmarin berkata kru tidak mengisytiharkan kecemasan atau melaporkan masalah teknikal sebelum pesawat itu menjunam.



Data yang tersedia menunjukkan bahawa "kemungkinan besar" pesawat itu masih utuh ketika terhempas di laut tambahnya.



Penyiasatan kemalangan itu mungkin memakan masa beberapa bulan.



Penganalisis penerbangan mengatakan data pelacakan penerbangan menunjukkan pesawat itu menyimpang tajam dari arah yang diinginkan sebelum melakukan penyelaman curam, dengan cuaca buruk, kesalahan juruterbang dan kerosakan mekanikal antara faktor-faktor yang berpotensi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >