Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha menyelamat kanak-kanak dalam gua Thai diteruskan

Jul 9, 2018 | 12:05 PM
OPERASI MENYELAMAT: Pegawai tentera dan polis di khemah kuarantin di kawasan gua Tham Luang pada 8 Julai 2018 selepas penyelam berjaya menyelamatkan beberapa kanak-kanak lelaki daripada gua tersebut.
OPERASI MENYELAMAT: Pegawai tentera dan polis di khemah kuarantin di kawasan gua Tham Luang pada 8 Julai 2018 selepas penyelam berjaya menyelamatkan beberapa kanak-kanak lelaki daripada gua tersebut. - Foto AFP

CHIANG RAI: Penyelam sedang menggantikan tangki udara dan bekalan di sepanjang laluan 5 kilometer yang ditaburi denai sempit dan laluan ditenggelami air sebagai persiapan untuk menyambung usaha menyelamatkan sembilan orang yang masih terperangkap dalam sebuah gua di Thailand.

Empat daripada 13 orang yang terperangkap telah berjaya diselamatkan semalam (8 Julai) dan ini memberi harapan bahawa seluruh pasukan bola sepak 'Wild Boar' itu akan berjaya dikeluarkan tidak lama lagi.

Pihak berkuasa Thai berkata empat kanak-kanak itu selamat tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut tentang keadaan atau identiti mereka, menurut akhbar The Straits Times.

Seramai 12 kanak-kanak lelaki yang berusia antara 11 dengan 16 tahun terperangkap bersama jurulatih mereka yang berusia 25 tahun selepas mereka memasuki gua Tham Luang pada 23 Jun lalu.

Paras air yang meningkat dalam gua itu akibat hujan hari itu menyebabkan mereka terpaksa berlindung di kawasan yang lebih tinggi dalam gua sepanjang 10 kilometer itu.

Mereka ditemui sembilan hari kemudian.

Ketua operasi menyelamat itu, Encik Narongsak Osotthanakorn berkata usaha mereka sejauh ini lebih baik daripada yang dijangkakan.

Namun, ia terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi membolehkan lebih banyak tangki udara dan peralatan digantikan sepanjang laluan itu. Proses ini dijangka mengambil masa 10 hingga 20 jam.

Pasukan penyelamat dibentuk 90 anggota, termasuk 50 penyelam asing dan 40 penyelam tempatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg