Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha rancak ekonomi, sokong perniagaan setelah Australia akhiri perintah berkurung

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Kes jangkitan Covid-19 di Sydney, Australia, mencatat paras terendah dalam dua bulan semalam sedang pihak berkuasa membentangkan langkah-langkah sokongan untuk perniagaan, mengalihkan tumpuan mereka kepada usaha merancakkan ekonomi selepas bandar itu mengakhiri perintah berkurung selama hampir empat bulan, sehari sebelumnya.



Pab, kafe dan kedai runcit mula dibuka semula di New South Wales (NSW), di mana Sydney berada, pada Isnin lalu selepas paras vaksinasi di kalangan orang dewasa di negeri itu melebihi paras 70 peratus.



Kadar jangkitan baru harian di negeri itu jatuh ke paras 360 kes semalam, majoriti di Sydney, menandakan trend yang semakin menurun.



"Ia akan kembali semarak di New South Wales bagi setiap perniagaan dan pekerja di seluruh negeri," kata Ketua Menteri Encik Dominic Perrottet semasa sesi taklimat media semalam di mana beliau membentangkan satu pakej sokongan untuk firma bagi membantu mereka menikmati "musim panas yang cerah".



Encik Perrottet berkata, perniagaan akan diberi pampasan bagi sebarang perintah sekatan Covid-19 pada Disember dan Januari ini, dan menggalak mereka untuk mempersiap bekalan sebagai menyambut musim percutian yang sibuk pada musim panas ini.



Di bawah pelan yang ada, firma kecil boleh mendapatkan geran sehingga A$20,000 ($14,690) jika mereka dipaksa tutup.



Sydney, bersama-sama Melbourne dan ibu kota Australia, Canberra, berdepan gelombang ketiga jangkitan disebabkan varian Delta, dengan semua kota mula melonggarkan sekatan secara berperingkat apabila masing-masing mencapai kadar vaksinasi penuh 70 peratus, 80 peratus dan 90 peratus.



Canberra dijangka mencapai matlamat untuk mengakhiri perintah sekatan pada Jumaat ini, menyertai Sydney, setelah inokulasi mencapai hampir 75 peratus.



Kadar vaksinasi di Victoria, termasuk Melbourne, dijangka mencapai 70 peratus untuk golongan berusia 16 tahun ke atas pada lewat Oktober ini, apabila sekatan mula dilonggarkan.



Dilaporkan sebanyak 1,466 kes dilaporkan di negeri itu semalam, paras terendah dalam enam hari.



Pemerintah persekutuan telah memberi tekanan kepada negeri-negeri untuk mula hidup bersama dengan virus itu apabila kadar vaksinasi mencecah 70 hingga 80 peratus tetapi beberapa negeri yang bebas virus berkata, mereka mungkin menangguhkan pembukaan mereka di tengah-tengah keprihatinan berlaku lonjakan kes yang boleh menjejas sistem kesihatan mereka.



Paras vaksinasi yang lebih tinggi di kalangan masyarakat rentan telah membantu Australia mengekalkan kadar kematian, akibat varian Delta, lebih rendah berbanding tahun lalu.



Ia mencatat 131,400 kes dan 1,461 kematian sejak pandemik bermula. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >