Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usahawan India individu Asia pertama jadi orang ketiga terkaya dunia

Sep 2, 2022 | 5:30 AM
DULU PELAJAR TERCICIR: Dengan nama usahawan India, Encik Gautam Adani, tersenarai, ini kali pertama seorang dari Asia berada di kedudukan ketiga paling atas dalam senarai Indeks Hartawan Bloomberg. - Foto REUTERS
DULU PELAJAR TERCICIR: Dengan nama usahawan India, Encik Gautam Adani, tersenarai, ini kali pertama seorang dari Asia berada di kedudukan ketiga paling atas dalam senarai Indeks Hartawan Bloomberg. - Foto REUTERS -

MOSCOW: Tidak ramai mereka yang di luar India pernah mendengar nama Encik Gautam Adani, beberapa tahun lalu.

Sekarang, hartawan India itu, yang merupakan pelajar tercicir di kolej, pertama kali mencuba nasibnya sebagai pedagang berlian sebelum beralih kepada arang batu dan akhirnya berjaya membangun sebuah konglomerat terbesar, menjadi orang ketiga terkaya di dunia.

Inilah kali pertama seorang dari Asia berada di kedudukan ketiga paling atas dalam senarai Indeks Hartawan Bloomberg.

Malah rakan senegaranya, Encik Mukesh Ambani, dari Industri Reliance; dan pengasas bersama Alibaba, Encik Jack Ma, tidak sampai sejauh itu.

Dengan kekayaan berjumlah AS$137.4 bilion ($191.8 bilion), Encik Adani telah mengatasi pengerusi LVMH, Encik Bernard Arnault.

Beliau sekarang mengekori pula ketua eksekutif Tesla, Encik Elon Musk dan pengasas Amazon.com, Encik Jeff Bezos.

Encik Adani, 60 tahun, berusaha beberapa tahun mengembangkan perniagaan dari arang batu kepada pelabuhan, meneroka apa sahaja dari pusat data kepada simen, media dan alumina.

Kumpulan syarikatnya kini memiliki operasi pelabuhan dan lapangan terbang sektor swasta terbesar di India, pengedar gas and lombong arang batu.

Sementara lombong Carmichael miliknya di Australia - mendapat kritikan daripada pencinta sekitaran - pada November ini akan melabur AS$70 bilion bagi tenaga hijau untuk menjadi pengeluar tenaga yang boleh diperbaharui terbesar di dunia.

Tetapi kebimbangan semakin meningkat terhadap pertumbuhan eksponensial.

Perjanjian yang dimeterai Encik Adani, sebahagian besarnya daripada biaya pinjaman dan empayar perniagaannya kini "sangat berlebihan," kata CreditSights, dalam laporannya minggu ini.

Dalam senario terburuk, ia boleh menyebabkan gagal membayar balik pinjaman, demikian amaran daripada Kumpulan Fitch.

Beberapa penggubal undang-undang dan pengamat pasaran juga menyuarakan kekhuatiran tentang struktur pemegang saham palsu dan kurangnya liputan penganalisis dalam syarikat-syarikat Kumpulan Adani.

Namun, harga sahamnya terus meningkat - ada di antaranya melonjak sampai 1,000 peratus sejak 2020, dengan penilaian mencecah 750 kali keuntungan - sedang hartawan itu menumpukan perhatian kepada bahagian yang menurut Perdana Menteri Narendra Modi sebagai amat penting bagi memenuhi matlamat jangka panjang India.

Pemicunya, tenaga hijau dan prasarana, telah menarik pelaburan daripada firma-firma terkemuka, termasuk Warburg Pincus dan TotalEnergies, yang membantu Encik Adani memasuki kelompok yang dulunya dikuasai oleh syarikat raksasa sektor teknologi dari Amerika Syarikat.

Permintaan terhadap arang batu yang meningkat secara mendadak beberapa bulan ini juga telah mempercepat kenaikannya ke puncak kejayaan.

Semua itu telah menambah lagi kekayaan Encik Adani sebanyak AS60.9 bilion dalam 2022 ini sahaja - lima kali lebih berbanding sesiapa sahaja.

Beliau pertama kali mengatasi kekayaan Encik Ambani sebagai yang terkaya di Asia pada Februari lalu, kemudian menjadi centibillionaire pada April dan selanjutnya mengatasi pengasas bersama Microsoft, Encik Bill Gates, yang berada di kedudukan keempat terkaya di dunia pada bulan lalu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg