Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ustaz, isteri dalang sindiket nikah, dokumen UNHCR palsu: Imigresen

Sep 22, 2023 | 03:37 PM



KANGAR: Suami isteri yang mengendali sebuah madrasah buat anak-anak Rohingya, ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) kerana disyaki mendalangi sindiket pemalsuan dokumen Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).


Lelaki yang ditahan itu juga dikesan bertindak sebagai kadi bagi pasangan etnik berkenaan, berdasarkan penemuan khutbah nikah selain mengeluarkan sijil nikah palsu.

Pengarah Imigresen Perlis, Encik Khairul Amin Talib, berkata serbuan dibuat menerusi Ops Serkap di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat, kira-kira 10 pagi Khamis, oleh 36 pegawai Imigresen.

“Serbuan dilakukan terhadap tujuh rumah yang disewa komuniti Rohingya, yang mana hasil pemeriksaan mendapati satu premis ini dijadikan madrasah.

“Pemeriksaan selanjutnya menjumpai komputer riba dengan 200 dokumen berformat PDF berhubung permohonan surat dalam proses pertimbangan UNHCR, dipercayai palsu dipohon warga Myanmar dari etnik itu yang tinggal di beberapa negeri.

“Kita percaya suspek yang berkhidmat sebagai pengajar al-Quran berusia 30 tahun dan isterinya yang berusia 24 tahun ini, mendalangi kegiatan ini sejak sekian lama,” katanya kepada media di Pejabat Imigresen Perlis di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Perlis pada Khamis.

Katanya, dalam serbuan itu juga pihaknya turut menemui sijil pernikahan palsu, dipercayai turut dikeluarkan sindiket berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek akan menerima permohonan surat itu menerusi aplikasi media sosial, atau pemohon sendiri yang hadir menemui suspek, untuk melakukan permohonan yang mana setiap permohonan dikenakan bayaran RM50 ($14.56).

“Apabila surat itu siap, ia akan dimuat naik dalam bentuk PDF menerusi aplikasi WhatsApp atau lain aplikasi sebelum dicetak oleh pemohon sendiri.

“Semakan dalam komputer riba suspek mendapati, terdapat 200 permohonan daripada warga Myanmar daripada etnik itu,” katanya, seperti yang dilaporkan akhbar Berita Harian Malaysia.


Encik Khairul Amin berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas dua komputer riba dan telefon bimbit dan sebuah tablet jenama Samsung.

“Selain itu, kita turut merampas sebuah ‘pendrive’, dua kad SD, dua set kad perniagaan, dua buku log atau rekod untuk pelajar dan bayaran proses UNHCR, wang tunai RM5,300 serta beberapa sijil cetakan surat dalam proses pertimbangan UNHCR dan sijil nikah Rohingya Malaysia.

“Bagi pengeluaran sijil nikah kahwin etnik itu, kita percaya suspek juga bertindak sebagai kadi atau jurunikah etnik itu, berdasarkan penemuan khutbah nikah dalam simpanan mereka,” katanya.

Kedua-dua suspek direman selama 14 hari bermula Khamis, bagi siasatan mengikut Seksyen 56 (1A) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >