Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ustaz Kazim tarik diri jadi calon kerana tidak mahu ‘lawan’ abang

Nov 06, 2022 | 04:42 PM



IPOH: Pendakwah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias memohon maaf kepada pengundi di Parlimen Larut kerana membatalkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Beliau berkata, penarikan dirinya dibuat atas dasar prinsip tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut meletakkan adik-beradiknya sebagai calon.



“Pengundi-pengundi di Larut, saya minta maaf. Walaupun (bukan sebagai calon), saya berjanji turun ke Larut sebagai pendakwah. 



"Saya akan bantu apa yang boleh untuk sahabat dan saudara-mara saya di Larut, Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau. Insya-Allah, Larut dan seluruh kawasannya tetap di hati saya,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Darul Barakah hari ini (6 November).



Ustaz Kazim sebelum ini dinamakan Barisan Nasional (BN) untuk mewakili parti itu di Parlimen Larut pada PRU15 menentang calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi, Datuk Seri Hamzah Zainudin.



Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas pengumuman dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada satu majlis di Kuala Lumpur, Ustaz Kazim menarik diri dan diganti Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud.



Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika menandatangani watikah dan akujanji sebagai calon BN, beliau sama sekali tidak mengetahui abangnya turut menandatangani watikah dan akujanji dengan parti lain.



Katanya, selepas perbincangan diadakan, beliau akhirnya membuat keputusan menarik diri lantas memberi laluan kepada abangnya, Datuk Mohd Najmuddin untuk bertanding di DUN Batu Kurau yang berada di bawah Parlimen Larut.



“Sebelum saya menerima tawaran dan pelawaan daripada kepimpinan UMNO negeri, saya menyatakan prinsip bahawa saya tidak mahu bertanding melibatkan ahli keluarga dalam satu Parlimen atau DUN. Itu apa yang diamanahkan arwah ibu kepada kami khususnya saya.



“Saya tidak akan bertanding sesama keluarga kerana akan menimbulkan persepsi tidak berapa cantik dalam kalangan masyarakat khususnya di Parlimen Larut yang kebanyakannya adalah keluarga, saudara-mara dan anak-anak murid kami,” katanya.



Menurut beliau, selepas keputusan menarik diri dibuat, satu surat telah dihantar kepada Ahmad Zahid bagi memaklumkan perkara itu namun tidak sempat diterima sebelum namanya diumumkan sebagai calon. - Utusan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >