Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Usul ampun diraja bagi Najib dibuat Umno, bukan keputusan kerajaan

Isu ini tidak pernah dibincangkan Kabinet, sebaliknya adalah keputusan dalaman Umno: Menteri Pengangkutan M'sia
Apr 12, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Usulan mendapatkan pengampunan diraja bagi mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak dibincangkan oleh Kabinet kerana ia bukan pendirian kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke.



Beliau berkata Umno yang memutuskan untuk memohon pengampunan diraja bagi Encik Najib, yang merupakan mantan presiden parti politik itu, dan isu tersebut adalah isu bagi parti itu sendiri.



"Kabinet tidak pernah membincangkan perkara ini dan menteri Kabinet dari Umno tidak menimbulkan isu tersebut.



"Isu pengampunan diraja bukan pendirian kerajaan, sebaliknya adalah keputusan yang diambil Umno sebagai parti politik," kata Encik Loke, menjawab soalan wartawan mengenai perkara tersebut.



Encik Loke berkata proses memohon pengampunan diraja menyusuli proses seorang didapati bersalah adalah perkara biasa.



"Bagi kami, kerajaan yakin sepenuhnya pada proses dan kebijaksanaan Agong," kata beliau.



Pada 7 April, setiausaha agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Majlis Tertinggi parti itu telah bermuafakat untuk menghadap Agong untuk mempersembahkan memorandum dan menggesa Agong memberikan pengampunan diraja kepada Encik Najib.



Encik Najib, 69 tahun, awal dari itu telah memohon kepada mahkamah untuk menyemak semula keputusan yang diambil oleh panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos 2022.



Panel itu telah mengekalkan keputusan mendapati Encik Najib bersalah dan hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram sejumlah RM42 juta dari dana SRC International.



Pada 31 Mac, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Encik Najib agar keputusan itu disemak, berdasarkan pecahan undian 4-1.



Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, memutuskan bahawa mantan perdana menteri itu tidak dinafikan hak untuk perbicaraan yang adil dan oleh itu permohonannya untuk kebenaran memulakan semakan harus ditolak.



Beliau juga akur tidak menemui apa-apa dalam bahan yang diketengahkan kepada mahkamah yang mencadangkan bahawa pasukan pembelaan Encik Najib, yang telah dirombak tiga minggu sebelum rayuan, memohon penangguhan sebagai sebahagian daripada "helah" atau "strategi" untuk menangguhkan pendengaran kes itu.



Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata permintaan parti itu agar Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan pemberian pengampunan penuh diraja kepada bekas presidennya itu tidak akan menjejaskan hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) dan komponen lain dalam kerajaan perpaduan.



Beliau berkata keputusan parti itu membuat permintaan tersebut semata-mata menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada mantan perdana menteri atas kepimpinan sepanjang sembilan tahun beliau berkhidmat sebelum kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2018.



Dalam pada itu, pengamat politik berbelah-bagi apabila diminta mengulas mengenai percubaan untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi Encik Najib itu, lapor akhbar The Star.



Walaupun pengampunan diraja boleh memperkukuh kedudukan Umno, ia juga boleh menjejas imej reformis yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi kerajaan perpaduan yang dipimpinnya.



Zamil kanan Penyelidikan Strategik di Akademi Nusantara, Dr Azmi Hassan, berkata jika Encik Najib dilepaskan dari hukuman penjara, Umno boleh dilihat sebagai menjadi kian stabil.



Namun beliau berkata ia juga boleh menjejas imej antirasuah yang dipupuk oleh Datuk Anwar.



Pemerhati politik dari Universiti Sunway, Profesor Wong Chin Huat, berkata jika Encik Najib menerima pengampunan diraja, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, mungkin menjangka layanan yang sama jika beliau didapati bersalah dalam kes rasuah yang sedang dihadapinya di mahkamah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >