Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Usul Belanjawan 2023 wujud zon kewangan khas di Iskandar M'sia dijangka manfaatkan Johor

Feb 26, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Beberapa cadangan dan insentif Belanjawan 2023, termasuk mewujudkan zon kewangan khas di Iskandar Malaysia, dijangka mempercepatkan pembangunan sosial dan ekonomi wilayah di Johor selepas pandemik.



Datuk Badrul Hisham Kassim, ketua eksekutif Penguasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda), berkata zon kewangan khas itu, sebagai contoh, adalah langkah strategik yang mampu menarik pelabur dan pekerja mahir ke koridor ekonomi tersebut.



Ia akan menambah nilai dan memberi kelebihan kepada Iskandar Malaysia sebagai destinasi pelaburan antarabangsa, tambahnya.



"Cadangan itu yang melibatkan Iskandar Malaysia secara langsung mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap wilayah ekonomi ini untuk menyumbang kepada pembangunan negara.



"Ini akan mengukuhkan usaha rantau ini untuk menarik pelaburan dan meningkatkan ekosistem gaya hidup dan perniagaannya, terutamanya dalam proses pemulihan selepas pandemik," katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor akhbar The New Straits Times.



Datuk Badrul Hisham berkata lanjutan insentif cukai bagi syarikat pembuatan elektrik dan elektronik yang memindahkan operasi ke Malaysia, serta 15 peratus pada 'C-Suite' sehingga 2024, akan mengukuhkan pelaburan dalam sektor itu di Iskandar Malaysia.



"Begitu juga dengan lanjutan insentif cukai pendapatan dan elaun cukai ke atas pelaburan hingga 31 Disember 2025 dalam bidang aeroangkasa, yang merupakan sektor yang baru diperkenalkan di Iskandar Malaysia," katanya.



Selain itu, Datuk Badrul berkata langkah melanjutkan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) hingga 31 Disember 2025 dan tempoh lanjutan dari tiga hingga lima tahun juga akan membantu menarik pelaburan ke Iskandar Malaysia, yang sudah dikenali sebagai peneraju dalam agenda rendah karbon.



Satu lagi langkah yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 ialah rancangan untuk mempertingkatkan rangkaian lebuh raya di Pengerang dan menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan.



Rancangan itu akan memberi manfaat kepada pelbagai sektor, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.



Beliau berkata, dua lebuh raya utama itu merupakan penghubung penting bagi rakyat di dalam dan luar Johor.



"Lebuhraya Senai Desaru di Pengerang dan projek Yong Peng Utara-Senai Utara daripada empat lorong kepada enam lorong secara berfasa akan meningkatkan ketersambungan kami," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >