Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usul jawatan tertinggi Umno tidak ditanding: Zahid yakin terima jawapan positif

Feb 17, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yakin parti itu akan menerima jawapan positif daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti pada Mac ini.



Beliau, yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut yakin jawapan daripada RoS akan diperoleh lebih awal berbanding tempoh 60 hari yang diperuntukkan jabatan itu untuk memberi maklum balas kepada Umno.



Katanya, Umno sudah mematuhi semua peruntukan dalam perlembagaan parti dan peraturan Perhimpunan Agung Umno (PAU), sebelum meluluskan usul tambahan berkenaan.



"Saya yakin peraturan persidangan Umno dan Perlembagaan Umno telah diikuti sepenuhnya oleh pengerusi tetap, khususnya klausa 9.3 dan 9.4 dalam perlembagaan parti, yang telah dijelaskan kepada RoS.



"Oleh kerana PAU adalah badan tertinggi kepada Umno, maka keputusan dibuat, termasuk menambah usul yang dibentangkan pencadang ucapan dasar, telah diteliti oleh RoS, kumpulan peguam kami dan setiausaha agung parti.



"Saya yakin sebelum tempoh 60 hari, Umno akan perolehi jawapan yang positif daripada RoS," katanya pada sidang media di Parlimen, pada Rabu, lapor Berita Harian Malaysia.



Minggu lalu, Datuk Ahmad Zahid memaklumkan, RoS memberi tempoh 60 hari kepada Umno untuk mengemukakan penjelasan dan segala maklumat berkait aduan mengenai usul tambahan dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan.



Aduan kepada RoS dikemukakan ahli Umno Bahagian Kuala Nerus, Encik Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir, dan ahli Umno Seremban, Encik Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan berkenaan.



Majoriti perwakilan PAU 2022 yang hadir pada perhimpunan itu sebelum ini menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil Umno Negeri Sembilan, Encik Mohd Shukri Shamsudin, supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno akan datang.



Sementara itu, Datuk Ahmad Zahid ketika ditanya mengenai perkembangan pemilihan Umno yang mula membuka pencalonan pada Isnin lalu, memaklumkan ibu pejabat parti sudah mula menerima pencalonan bagi pertandingan jawatan di peringkat sayap dan nasional.



"Saya mengambil pendekatan jawatan yang dipertandingkan itu terbuka seluas-luasnya untuk disertai yang berminat.



"Saya harap garis panduan kempen yang telah dihantar Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Shahrir Samad, hendaklah diikuti sepenuhnya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >