Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Usulan: Kurangkan kuasa, had dua penggal bagi jawatan PM

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia harus melaksanakan reformasi dengan mengenakan had dua penggal bagi jawatan perdana menteri, selain mengurangkan kuasanya dengan membahagikan sebahagian kuasa kepada pemimpin lain, kata 60 kumpulan sivil dalam kenyataan bersama.



Usulan itu disertakan dalam senarai usulan lebih panjang yang dikeluarkan oleh gabungan kumpulan kumpulan sivil di Malaysia, yang dinamakan CSO Platform for Reform.



Ia juga mencadangkan beberapa perubahan lain, termasuk mengurangkan bidang kuasa perdana menteri dengan cara menetapkan supaya perdana menteri tidak menyandang jawatan lain dan memberi tumpuan kepada tugas memantau peranan menteri lain dan pembangunan projek di serata negara.



"Perdana Menteri seharusnya tidak menyandang jawatan lain selain peranan sebagai perdana menteri," kata kumpulan itu dalam laporan 28 muka surat yang dikemukakan.



Laporan itu, antara lain, meneliti peranan menteri dalam tempoh 100 hari pertama khidmat kerajaan perpaduan.



Kumpulan itu juga berkata kuasa perdana menteri harus dikurangkan kerana menganggap cabang eksekutif kerajaan memiliki terlalu banyak kuasa, terutama perdana menteri, lapor akhbar The Malay Mail.



Ia mengusul supaya sebahagian kuasa diberikan kepada pihak berkuasa di peringkat negeri.



Ini termasuk di Sabah dan Sarawak, kata laporan itu, terutama dalam bidang rangka kerja pendidikan dan pendanaan.



Kumpulan itu juga menggesa supaya data dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Jabatan Perdana Menteri didedahkan supaya bidang kuasa kededua entiti kerajaan itu boleh diketahui dengan lebih jelas dan supaya mengelak 'kekeliruan dalam struktur kuasa'.



Laporan itu juga membuat usulan serupa bagi mengehadkan tempoh khidmat Premier, Menteri Besar di peringkat negeri, serta dalam kalangan menteri dan kaunselor eksekutif.



Laporan itu juga berkata Premier harus hanya memantau dan meneliti projek di peringkat negeri sahaja, tanpa menyandang jawatan lain, sementara menteri dan anggota jawatankuasa eksekutif juga tidak menyandang jawatan lain, termasuk di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).



Mereka juga harus memastikan semua projek dan inisiatif kerajaan dijalankan mengikut jadual.



Ketua kerajaan di Sarawak dinamakan Premier.



Mengenai jawatan pengarah-jeneral di agensi kerajaan pula, kumpulan itu berkata pelantikan harus berdasarkan merit dan kelakonan.



Begitu juga dengan jawatan Speaker Dewan Rakyat dan timbalannya, yang tidak seharusnya menjadi pelantikan politik, dengan kumpulan itu mengusul supaya Anggota Parlimen (AP) melantik Speaker, timbalannya dan setiausaha Dewan Rakyat.



Dalam pada itu, laporan tersebut juga mencadangkan parlimen bersidang sekurang-kurangnya 135-150 hari dan jadual persidangan diterbitkan di permulaan tahun.



Ia mencadangkan supaya semua AP dan anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) menghadiri semua persidangan, kecuali apabila kurang sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >