Topik diikuti
Pergi ke BHkuUtusan Malaysia, Kosmo! gagal diselamatkan
1 of 2
Oct 10, 2019 | 5:30 AM
Utusan Malaysia, Kosmo! gagal diselamatkan
PETALING JAYA: Kakitangan Kumpulan Utusan diarah mengemas barang-barang mereka dan meninggalkan pejabat sebelum 1 petang semalam sedang syarikat yang kesempitan wang itu secara rasmi menghentikan operasi bagi kedua-dua akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.
Pengerusi Eksekutif Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata aliran tunai yang lemah, hutang yang semakin meningkat dan penurunan jualan membawa kepada Lembaga Pengarah Utusan Isnin lalu meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang dan melantik Penasihat UHY (KL) sebagai pembubar sementara.