Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vaksin Moderna dilihat lebih banyak dihantar ke negara-negara kaya

Oct 11, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Moderna, antara vaksin paling berkesan dalam melawan Covid-19, dilihat sebagai lebih banyak membekalkan suntikan kepada negara-negara kaya sehingga negara-negara lebih miskin terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan bekalan.



Setelah mengembangkan vaksin itu dengan sokongan kewangan dan hasil kajian dari pemerintah Amerika Syarikat, Moderna telah mengirimkan sebahagian besar dosnya ke negara-negara kaya untuk menjana keuntungan berbilion dolar, menurut Airfinity, sebuah firma data yang meninjau pengedaran vaksin di seluruh dunia.



Hanya kira-kira sejuta dos vaksin Moderna telah dibekalkan ke negara-negara yang diklasifikasikan oleh Bank Dunia sebagai pendapatan rendah. Ini berbanding dengan 8.4 juta dos Pfizer dan kira-kira 25 juta dos Johnson & Johnson yang telah dikirimkan ke negara-negara tersebut.



Daripada sebahagian negara berpendapatan sederhana yang telah bersepakat untuk membeli vaksin Moderna, kebanyakan belum menerima dos yang diharapkan, dan sekurang-kurangnya tiga negara terpaksa membayar pada harga yang lebih tinggi daripada Amerika atau Kesatuan Eropah (EU), menurut pegawai pemerintah di negara-negara tersebut.



Tidak seperti Pfizer, Johnson & Johnson dan AstraZeneca, yang mempunyai pelbagai jenis ubat dan produk lain, Moderna hanya menjual vaksin Covid-19. Masa depan syarikat Massachusetts itu bergantung pada kejayaan komersial vaksinnya.



"Mereka bersikap seolah-olah mereka sama sekali tidak bertanggungjawab untuk melakukan lebih daripada memaksimumkan pulangan pelaburan," kata Dr Tom Frieden, mantan ketua Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit.



Pegawai kanan Moderna mempertahankan bahawa mereka melakukan semua yang termampu untuk menghasilkan sebanyak mungkin dos dan secepat mungkin, tetapi kapasiti pengeluaran mereka tetap terhad. Semua dos yang dihasilkan pada tahun ini memenuhi pesanan pemerintah seperti EU.



Walaupun begitu, pentadbiran Presiden Joe Biden semakin kecewa dengan Moderna kerana tidak menyediakan vaksinnya kepada negara-negara miskin, kata dua pegawai kanan pentadbiran.



Pentadbiran telah menekankan kepada eksekutif Moderna supaya meningkatkan pengeluaran di kilang Amerika dan untuk melesenkan teknologi syarikat kepada pengeluar luar negara yang dapat membuat dosis untuk pasaran asing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >