Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vaksin Novavax 89.3% berkesan cegah Covid-19

Jan 30, 2021 | 5:30 AM
KESAN PENEMUAN: Saham Novavax meningkat lebih 22 peratus selepas laporan mengenai vaksinnya dikeluarkan. - Foto REUTERS
KESAN PENEMUAN: Saham Novavax meningkat lebih 22 peratus selepas laporan mengenai vaksinnya dikeluarkan. - Foto REUTERS -

CHICAGO: Novavax Inc berkata kelmarin vaksin virus koronanya berkesan 89.3 peratus dalam mencegah Covid-19 di dalam satu ujian percubaan yang dijalankan di Britain dan hampir berkesan dalam melindungi dari varian yang lebih berjangkit di mana ia pertama kali ditemukan di Britain, menurut sebuah analisis awal.

Satu ujian peringkat pertengahan vaksin itu di Afrika Selatan, di mana sejenis varian virus yang lebih kuat kini menular, menunjukkan 60 peratus keberkesanan di antara mereka yang tidak mempunyai HIV.

Saham Novavax juga naik 34 peratus selepas keputusan ujian itu dikeluarkan pada hari yang sama Amerika Syarikat melaporkan kes pertama virus varian Afrika Selatan di sana.

Novavax sudah membuat penyimpanan stok vaksin di enam lokasi pengeluaran yang sedang beroperasi, dan berkata pihaknya menjangka lapan kilang di tujuh negara akan mengeluarkan dua bilion dos setahun, termasuk dari Institut Serum India.

Syarikat itu berkata di sebuah panggilan persidangan bahawa ini adalah data sementara dan pegawai pegawai eksekutif menjangka ia akan mengambil dua hingga tiga bulan sebelum mereka bersedia untuk memohon kebenaran dengan pihak pengawal selia.

Novavax berkata ujian percubaan di Britain itu, dengan penyertaan 15,000 orang berusia 18 hingga 84 tahun, dijangka akan digunakan untuk memohon semakan peraturan di Britain, Kesatuan Eropah dan negara-negara lain. Kira-kira 27 peratus orang di dalam ujian ini berusia 65 tahun ke atas.

Kajian itu dilakukan sedang sejenis varian lebih berjangkit merebak di Britain dan analisis awal menunjukkan vaksin itu adalah 85.6 peratus berkesan terhadap mutasi ini, menurut satu pengumuman berita yang disiarkan oleh syarikat Amerika itu. Namun, syarikat itu tidak memberi sebarang data kajian.

Dalam percubaan di Britain itu, keberkesanan vaksin itu serupa dengan dua lagi vaksin yang telah diluluskan dari Pfizer Inc/BioNTech SE dan Moderna Inc, di mana rejimen dua dos adalah 95 peratus berkesan dalam mencegah Covid-19 di dalam ujian klinikal.

Encik John Moore, seorang profesor mikrobiologi dan imunologi di Kolej Perubatan Weill Cornell di New York, berkata data dari UK itu pada dasarnya adalah sama seperti yang telah ditunjukkan oleh Pfizer dan Moderna.

"Secara statistik, ia tidak begitu berbeza. Vaksin itu berfungsi dengan baik terhadap varian yang sedang merebak di Britain, bermakna ia berkemungkinan berkesan di Amerika juga," katanya.

Syarikat itu telah menerima AS$1.6 bilion ($2.1 bilion) dari pemerintah Amerika Syarikat dalam pembiayaan untuk percubaan vaksin untuk 100 juta dos.

Vaksin yang dihasilkan Novavax merupakan vaksin konvensional yang berasaskan protein, dan berhasil dengan penggunaan pelengkap Matrix-M milik syarikat untuk menggalak keberkesanannya. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg