Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vaksin Pfizer, AstraZeneca berkesan bagi warga emas: Kajian

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Vaksin Pfizer dan Oxford-AstraZeneca 'sangat berkesan' dalam mengurangkan jangkitan koronavirus dan penyakit teruk di kalangan warga emas di Britain, dengan pengurangan kemasukan ke hospital lebih daripada 80 peratus.



Pada usia lebih dari 80-an, satu dos kedua-dua vaksin adalah 80 peratus lebih berkesan untuk mencegah kemasukan ke hospital sekitar tiga hingga empat minggu setelah suntikan, menurut kajian Kesihatan Awam England (PHE) yang mengumpulkan data sejak Januari.



Kajian itu dibuat ketika Perancis dan Jerman mempertimbangkan untuk menolak vaksin AstraZeneca untuk warga emas berusia lebih dari 65 tahun kerana bimbang mengenai keberkesanannya.



Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock memuji kajian baru itu sebagai 'berita yang sangat baik'.



"Data terperinci menunjukkan bahawa perlindungan yang anda dapat dari dijangkiti Covid 35 hari setelah suntikan pertama adalah lebih baik bagi suntikan AstraZeneca daripada Pfizer," tambahnya.



Kedua-dua vaksin "sangat berkesan dalam mengurangkan jangkitan Covid-19 di kalangan orang tua yang berumur 70 tahun ke atas," tambah kajian itu.



Suntikan Pfizer menawarkan perlindungan antara 57 dan 61 peratus dari penyakit setelah mendapat dos pertama, dengan vaksin AstraZeneca menawarkan perlindungan antara 60 dan 73 peratus.



"Ini menguatkan bukti yang menunjukkan bahawa vaksin berfungsi untuk mengurangkan jangkitan dan menyelamatkan nyawa," kata Mary Ramsay, ketua imunisasi Kesihatan Awam England.



"Penting untuk diingatkan bahawa perlindungan tidak lengkap dan kita belum tahu berapa banyak vaksin ini akan mengurangkan risiko anda dalam menyebarkan Covid-19 kepada orang lain," tambahnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >