Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vaksin Pfizer, BioNTech selamat bagi kanak-kanak 5-11 tahun

Sep 22, 2021 | 5:30 AM
SELAMAT UNTUK REMAJA: Seorang remaja berusia 12 tahun dari Jerman menerima suntikan vaksin Covid-19 baru-baru ini. Terdapat rancangan meluaskan pemberian vaksin kepada mereka yang berusia lima hingga 12 tahun. - Foto AFP
SELAMAT UNTUK REMAJA: Seorang remaja berusia 12 tahun dari Jerman menerima suntikan vaksin Covid-19 baru-baru ini. Terdapat rancangan meluaskan pemberian vaksin kepada mereka yang berusia lima hingga 12 tahun. - Foto AFP -

FRANKFURT: Syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech mengatakan hasil ujian mereka sejauh ini menunjukkan vaksin koronavirus mereka selamat di samping menghasilkan tindak balas imun yang kuat pada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun

Mereka juga memaklumkan akan segera mendapatkan kelulusan pihak berkuasa bagi penggunaan vaksin itu bagi golongan kanak-kanak itu.

Vaksin itu bakal diberikan pada kadar dos lebih rendah daripada yang diterima mereka yang berusia lebih 12 tahun, kata syarikat itu.

"Bagi peserta berusia lima hingga 11 tahun, vaksin ini selamat, diterima dengan baik dan menunjukkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat," kata syarikat gergasi Amerika Syarikat Pfizer dan rakannya BioNTech dari Jerman dalam satu kenyataan bersama kelmarin.

Mereka merancang menyerahkan data mereka kepada badan pengawas di Kesatuan Eropah (EU), AS dan di seluruh dunia "secepat mungkin".

Encik Ashish Jha, dekan Sekolah Kesihatan Awam Universiti Brown yang juga pakar Covid-19 terkemuka di AS, menyebutnya sebagai "berita baik" yang ditunggu-tunggu oleh ramai ibu bapa.

Sekiranya semuanya berjalan lancar dan kelulusan diberikan, "anak saya berusia sembilan tahun akan mendapat suntikan vaksin tidak lama lagi," ciapnya di Twitter.

Hasil ujian itu adalah yang pertama membabitkan kanak-kanak di bawah 12 tahun, dengan ujian oleh syarikat Moderna bagi kanak-kanak berumur enam hingga 11 tahun masih berjalan.

Kini kededua dos Pfizer-BioNTech dan Moderna sudah diberikan kepada remaja berusia lebih 12 tahun dan penduduk dewasa di negara merata dunia.

England, Scotland dan Wales menjadi negara terbaru menyertai senarai negara yang memberi vaksin kepada remaja lebih muda, memulakan vaksinasi bagi remaja berusia 12 hingga 15 tahun minggu ini.

Ireland Utara akan menyusul bulan depan.

Walaupun kanak-kanak dianggap kurang berisiko mengalami Covid-19 yang teruk, terdapat kebimbangan varian Delta yang mudah berjangkit dapat menyebabkan kes lebih serius.

Memberi vaksin kepada kanak-kanak juga dilihat sebagai kunci dalam usaha untuk terus membuka sekolah dan membantu menamatkan wabak itu. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg