PARIS: Syarikat pengeluar ubat-ubatan berpangkalan di Amerika Syarikat, Pfizer, kelmarin berkata vaksin uji kaji yang dihasilkannya adalah lebih 90 peratus berkesan dalam mencegah Covid-19 - berdasarkan data awal hasil satu penyelidikan yang dilakukannya.
Ini merupakan satu kejayaan besar dalam usaha memerangi penularan wabak koronavirus yang telah mengorbankan lebih sejuta orang di seluruh dunia, hingga meranapkan ekonomi dan menjejas teruk kehidupan manusia sehari-hari.