Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vaksinasi aktif persiap M'sia jadi hab pelaburan semula

Ismail Sabri: Matlamat boleh dicapai kerana sekarang gelembung selamat bagi perniagaan telah diterapkan
Oct 15, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia kini bersedia kembali ke landasan sebagai hab pelaburan serantau dan antarabangsa dengan pelaksanaan aktif program vaksinasi dalam menyediakan persekitaran selamat kepada pelabur.



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata matlamat itu juga boleh dicapai menerusi kerjasama berterusan dengan setiap ahli Keluarga Malaysia, dengan gelembung selamat untuk semua perniagaan dengan norma baru telah diterapkan dengan selamat sekarang.



Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) telah menggariskan sembilan bidang fokus dalam memperkasa pelaburan Malaysia dengan, antaranya, merancakkan pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan pemacu ekonomi, meningkatkan keselamatan sosial, membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan jurang pendapatan di seluruh negara, ujar beliau



"Keunikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, dengan strata sosialnya yang pelbagai telah lama memberi peluang kepada pelabur.



"Kaum yang berlainan, misalnya, memerlukan keperluan berbeza. Dalam erti kata lain, lebih banyak produk dan perkhidmatan berpotensi dipasarkan di negara ini," kata Datuk Ismail Sabri pada acara 'Invest Malaysia 2021 Siri Maya 1 - Pembaharuan Ekonomi' anjuran bersama Bursa Malaysia Bhd bersama Maybank semalam.



Perdana Menteri itu berkata sebagai pintu masuk ke pasaran Asean melalui Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Malaysia menyediakan persekitaran paling kondusif kepada masyarakat perniagaan untuk melabur.



Menurutnya, 15 negara dalam RCEP saja menjana hampir 30 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) sejagat, dan dianggarkan bahawa keseluruhan pendapatan GDP negara-negara berkenaan akan meningkat sebanyak AS$174 bilion ($234.7 bilion) menjelang 2030.



"Ini akan menyediakan syarikat dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) peluang sama sambil memudahkan akses ke pasaran serantau yang lebih besar.



"Iklim pertumbuhan ini diperkukuhkan lagi oleh peningkatan yang konsisten Malaysia dalam bidang infrastruktur digital.



"Dalam beberapa tahun terakhir, Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam ekonomi digital, perniagaan dalam talian dan transaksi tanpa tunai," katanya.



Di pentas antarabangsa pula, kata Datuk Ismail Sabri, Malaysia kekal aktif sebagai pemain utama dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTTPA).



Beliau berkata kerjasama ekonomi antarabangsa itu memberi lebih 500 juta penyertaan dengan gabungan GDP sebanyak AS$10 trilion.



Datuk Ismail Sabri berkata Malaysia juga memberi perhatian khusus pada teknologi hijau dalam Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR).



Menurutnya, dengan lebih banyak negara menggunakan sasaran peneutralan karbon, Malaysia telah mula mendorong banyak sektor dan industri dalam membangunkan teknologi yang diperlukan.



"Setakat ini, kerajaan Malaysia dan sektor swasta bekerjasama dalam visi dan strategi bersama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi mesra alam yang inklusif.



"Walaupun begitu, kami berhasrat menjadi negara neutral karbon seawal 2050," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >