Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Varian baru Omicron: Banyak negara sekat pelawat selatan Afrika

Nov 28, 2021 | 5:30 AM
c5a6b3a7-cd44-4d66-aec3-96612751f8f9
-

WASHINGTON: Pengesanan varian baru Covid-19, Omicron, yang dianggap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai "varian membimbangkan" telah mengakibatkan semakin banyak negara bergegas menyekat kemasukan dari selatan Afrika.

Langkah terbaru ini berpotensi memberi tamparan hebat kepada usaha sejagat menamatkan pandemik terburuk selepas Perang Dunia. Ia malah mengakibatkan pasaran saham di kedua-dua belah Atlantik menjunam ke paras terendah dalam masa lebih setahun.

Amerika Syarikat, Brazil, Canada dan Arab Saudi antara negara yang terkini mengambil langkah itu, dengan Australia mengumumkan sekatannya ke atas mereka yang telah ke sembilan negara Afrika - Afrika Selatan, Namibia, Zimbabwe, Botswana, Lesotho, Eswatini, the Seychelles, Malawi dan Mozambique - semalam.

Varian Omicron yang sebelum ini dikenali sebagai B.1.1.529, diklasifikasi sebagai virus dengan kebolehjangkitan lebih tinggi daripada strain dominan, Delta, yang amat mudah menular.

Varian baru itu sudah dilapor di Eropah membabitkan satu kes disahkan di Belgium selepas dikesan di Afrika Selatan, selain turut dilaporkan di Botswana dan Hong Kong.

Australia semalam mengumumkan, sesiapa yang tiba di negaranya dan telah melawat mana-mana negara Afrika yang dinamakan dalam masa 14 hari mesti diasingkan dan diuji. Sejauh ini, pandemik Covid-19 telah meragut hampir 5.2 juta nyawa dan menjangkiti 261 juta orang di seluruh dunia sejak ia mula dikesan pada Disember 2019. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg