Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Varian Delta sebabkan kes baru di AS capai jumlah tertinggi dalam enam bulan

Walaupun kelonggaran rata-rata disambut baik, para doktor khuatir langkah terlalu awal dan boleh sebabkan lebih banyak kes
Aug 11, 2021 | 5:30 AM
MAHU DIVAKSIN: Beberapa penduduk di Los Angeles, California, beratur mahu mendapatkan vaksin bagi melindungi diri daripada Covid-19. - Foto EPA-EFE
MAHU DIVAKSIN: Beberapa penduduk di Los Angeles, California, beratur mahu mendapatkan vaksin bagi melindungi diri daripada Covid-19. - Foto EPA-EFE -

NEW YORK: Kes jangkitan Covid-19 dan kadar kemasukan hospital di Amerika Syarikat mencapai tahap tertinggi dalam tempoh enam bulan, ekoran penularan varian Delta yang mudah berjangkit di sebilangan negeri yang kini menghadapi masalah kadar vaksinasi rendah.

Kes Covid-19 mencapai purata 100,000 selama tiga hari berturut-turut, meningkat 35 peratus berbanding seminggu lalu, menurut data Reuters berkaitan data kesihatan awam.

Kenaikan jangkitan itu paling ketara di Louisiana, Florida dan Arkansas.

Kadar masuk hospital meningkat 40 peratus dan kadar kematian mencatat kenaikan 18 peratus dalam seminggu lalu dengan kematian paling banyak berlaku di Arkansas.

Penularan wabak yang semakin meningkat menyebabkan pembatalan beberapa acara berprofil tinggi.

Satu pengecualian ketara adalah acara perhimpunan motosikal tahunan di South Dakota yang berjalan seperti yang dirancang.

Acara itu dijadual pada 6 hingga 15 Ogos.

Tahun lalu, acara itu menjadi perebak utama seperti yang telah dikhuatiri banyak pihak.

Di Florida pula, ia mencatat angka rekod kemasukan ke hospital selama lapan hari berturut-turut, menurut analisis.

Di negeri itu, kebanyakan pelajar akan masuk sekolah minggu ini sedang beberapa sekolah membahaskan sama ada diperlukan memakai pelitup bagi murid.

Ketua kesatuan guru kedua terbesar di Amerika pada Ahad lalu mengumumkan perubahan dasarnya dengan menyokong vaksinasi wajib buat guru di negara itu dalam usaha melindungi pelajar yang terlalu muda untuk diinokulasi.

Bilangan kanak-kanak yang dirawat di hospital dengan Covid-19 meningkat di seluruh negara, satu trend pakar kesihatan mengaitkannya dengan varian Delta yang lebih mudah menjangkiti kanak-kanak daripada varian asal Alpha.

Dengan kenaikan kes virus itu sekali lagi di Amerika, usaha untuk memvaksinasi mereka yang masih enggan berbuat demikian telah mendapat momentum baru.

Negeri termasuk California, New York dan Virginia telah mewajibkan vaksinasi atau ujian mingguan buat pegawai negeri.

Pentadbiran Presiden Joe Biden menetapkan peraturan baru akhir bulan lalu yang mewajibkan pekerja persekutuan memberi bukti vaksinasi atau menghadapi ujian berkala, wajib memakai pelitup dan menghadapi sekatan perjalanan.

Di sektor swasta, semakin banyak syarikat juga mewajibkan vaksinasi Covid-19.

Syarikat penerbangan United Airlines, penghasil daging Tyson Foods dan syarikat teknologi Microsoft telah meminta pekerja mendapat vaksin. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg