LONDON: Universiti Cambridge melonjak ke tangga kedua dalam kedudukan senarai universiti terbaik dunia dengan empat universiti dari United Kingdom berada dalam senarai kelompok 10 terbaik.

Lapor Daily Mail, carta universiti terbaik dunia oleh QS Quacquarelli Symonds 2023 menunjukkan Cambridge naik daripada kedudukan ketiga, sementara, Oxford jatuh dua anak tangga ke kedudukan keempat.

Perubahan itu agak mengejutkan ketika Universiti Oxford berperanan membangunkan vaksin AstraZeneca yang digunakan banyak negara di dunia.

Institut Teknologi Massachusetts (MIT) kekal berada di kedudukan pertama sejak 11 tahun lalu.

Sementara itu, Universiti Stanford di Amerika Syarikat di kedudukan ketiga, manakala, Harvard di tangga kelima.

Imperial College London meningkat dari tangga ketujuh ke kedudukan keenam, Kolej Universiti London (lapan), bagi tahun ini. - Agensi berita.