Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Versi Laos memoir mendiang Lee Kuan Yew dilancar

Jan 13, 2017 | 02:35 PM



VIENTIANE: Memoir Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, 'From Third World To First' (Daripada Dunia Ketiga Kepada Pertama), kini boleh didapati di Laos.



Terjemahan buku mendiang Encik Lee, yang mengisahkan dari dekat kemajuan Singapura sejak kemerdekaan pada 1965, adalah sebuah projek oleh Kedutaan Singapura di Vientiane, Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Lao, Persatuan Penulis Lao serta pemegang hak cipta Straits Times Press.



Projek itu, yang dibiayai 11 penaja, sebahagian besarnya syarikat Singapura yang mempunyai kehadiran di Laos, seperti SilkAir, dilancarkan pada Jumaat (13 Jan) oleh Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Teo Ser Luck, di Hotel Mercure Vientiane.



Buku yang diterbitkan pada 2000 itu telah atau sedang diterjemahkan ke dalam lebih 10 bahasa.



Dalam ucapannya, Encik Teo, yang sedang mengiringi Presiden Dr Tony Tan Keng Yam dalam lawatan negara ke Laos, mengimbas kembali kisah awal Singapura sebagai sebuah negara yang baru ditubuhkan.



"Tidak ramai mempunyai keyakinan bahawa Singapura yang merdeka boleh bertakat. Namun, dengan keazaman, dasar sesuai, serta bantuan daripada rakan-rakan kami, kami dapat perlahan-lahan membangunkan negara kami," katanya.



Laos dan Singapura berkongsi pengalaman sama dalam sejarah moden, seperti penjajahan dan peperangan, tambah Encik Teo.



Dan kedua-dua negara mengharungi masa sukar pada zaman awal kemerdekaan, bergelut dengan isu termasuk kemiskinan dan ketegangan sosial.



Dalam bukunya, Encik Lee menceritakan bagaimana Singapura menangani cabaran-cabaran itu.



Ada pengajaran yang boleh dipelajari daripada satu sama lain, kata Encik Teo: "Saya percaya pengalaman kita - kedua-duanya, kejayaan kita dan terutamanya kesilapan kita - boleh menjadi rujukan berguna bagi kedua-dua negara."



Encik Teo, semasa mengingat kembali zaman kanak-kanak beliau membesar dalam keadaan miskin di kampung, menganggap dirinya benefisiari sistem yang dibina oleh mendiang Encik Lee dan pemimpin generasi pertama dan Singapura.



Menukil dari buku Encik Lee, beliau berkata: "Jika ada satu formula bagi kejayaan kami, ia ialah kami sentiasa belajar cara membuat semua perkara berhasil, atau cara membuatnya berhasil dengan lebih baik."



Beliau menambah: "Marilah kita bekerja keras bersama-sama, supaya negara kita boleh mempunyai masa depan lebih cerah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >