Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Victoria belum pasti kenakan 'lockdown'

Jun 3, 2021 | 5:30 AM
83b3d62c-3c49-4f80-990a-d25b69e4fc76
-

SYDNEY: Pihak berkuasa wilayah Victoria di Australia berkata kelmarin mereka masih tidak jelas sama ada lockdown atau sekatan perjalanan selama seminggu yang dilaksanakan untuk mengawal penularan Covid-19 yang baru, akan berakhir seperti yang dirancang malam ini, sedang wilayah itu terus berusaha menangani penularan koronavirus yang semakin bertambah.

Wilayah Australia yang kedua paling ramai penduduk itu melaksanakan lockdown pada 27 Mei selepas melaporkan kes jangkitan tempatan pertamanya selepas hampir tiga bulan awal minggu lalu.

Ini memerlukan hampir tujuh juta penduduknya harus duduk di rumah kecuali bagi keperluan penting.

Sebanyak sembilan kes baru jangkitan Covid-19 tempatan dilaporkan pada Selasa, dengan jumlah jangkitan keseluruhan dalam kelompok mencapai 54 kes.

Menteri Kesihatan wilayah Victoria Martin Foley memberitahu media di Melbourne bahawa beliau tidak tahu sama ada lockdown itu akan dilanjutkan atau tidak.

Tambahnya, masih terdapat banyak keprihatinan tentang jangkitan dalam masyarakat, dengan beberapa tempat turut dimasukkan ke dalam senarai titik panas.

"Kami belum lagi berada dalam kedudukan untuk membuat keputusan itu... dan sebaik sahaja kami boleh, kami akan mengongsinya dengan semua penduduk Victoria," ujarnya.

Sekitar 75 peratus daripada 4,800 kontak utama yang dijejak dalam penularan itu kini menunjukkan hasil ujian yang negatif, dan bakinya masih menunggu hasil ujian mereka.

Pegawai pemerintah berkata mereka dapat menjalin hubungan antara kesemua tiga kelompok yang dikenal pasti dengan individu yang baru memasuki negara itu dari luar negara, yang diuji positif Covid-19 beberapa hari selepas selesai menjalani kuarantin. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg