Victoria catat rekod harian tertinggi 847 kes, satu kematian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Victoria catat rekod harian tertinggi 847 kes, satu kematian

Sep 26, 2021 | 5:30 AM

Victoria catat rekod harian tertinggi 847 kes, satu kematian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
LAKUKAN RONDAAN: Pegawai polis meronda Bourke Street Mall menjelang bantahan menentang vaksinasi Covid-19 di Melbourne, kelmarin. Bantahan berlaku sejak para pegawai memerintahkan pada awal minggu ini penutupan tapak-tapak pembinaan selama dua minggu dan mewajibkan vaksin ke atas para pekerja binaan untuk menghadkan penularan koronavirus. - Foto EPA-EFE
LAKUKAN RONDAAN: Pegawai polis meronda Bourke Street Mall menjelang bantahan menentang vaksinasi Covid-19 di Melbourne, kelmarin. Bantahan berlaku sejak para pegawai memerintahkan pada awal minggu ini penutupan tapak-tapak pembinaan selama dua minggu dan mewajibkan vaksin ke atas para pekerja binaan untuk menghadkan penularan koronavirus. - Foto EPA-EFE -

MELBOURNE: Victoria, Australia mencatatkan jangkitan 847 Covid-19 iaitu rekod harian tertinggi dan satu kematian, menurut perangkaan pemerintah Australia sedang pegawai kesihatan memberi amaran supaya orang ramai duduk di rumah.

Pihak berkuasa menjangkakan bilangan kes jangkitan Covid-19 terus meningkat sehingga pertengahan November, sedang ia meningkatkan usaha bagi memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk menerima vaksinasi - berbanding 46 peratus pada waktu ini.

Ketua Pegawai Kesihatan, Encik Brett Sutton, menggesa orang ramai jangan keluar rumah untuk tidak membahayakan "anda, rakan-rakan dan isi rumah anda".

Bantahan ganas anti-vaksinasi telah melanda Melbourne minggu ini yang merebak ke kawasan bandar kelmarin, dengan pihak polis bertindak dengan memberkas lebih 30 orang di utara bandar itu.

Pihak berkuasa bimbang bantahan itu akan memburukkan penularan virus Covid-19 selepas seorang penunjuk perasaan dimasukkan ke hospital dengan jangkitan Covid-19 lewat Khamis lalu.

"Keganasan itu jelas mengerikan, dan menjejas pekerja kesihatan, tindakan ganas terhadap polis jelas merupakan cara yang sangat buruk untuk mengatasi kemarahan anda," kata Cik Sarah Whitelaw, naib presiden Persatuan Perubatan Australia.

Kes-kes jangkitan Covid-19 akibat daripada bantahan itu dijangka hanya akan diketahui minggu depan, dan kadar mereka yang dimasukkan ke hospital beberapa minggu kemudian - lantas memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan, kata Cik Whitelaw kepada siaran berita Australian Broadcasting Corporation.

"Potensi jangkitan itu memang nyata dan jelas," tegasnya lagi.

Sebelum ini ratusan penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya di Melbourne.

Bantahan berlaku sejak para pegawai memerintahkan pada awal minggu ini penutupan tapak-tapak pembinaan selama dua minggu dan mewajibkan vaksin ke atas para pekerja binaan untuk mengekang penularan koronavirus.

Australia sedang bergelut dengan gelombang ketiga penularan jangkitan varian Delta di dua bandar terbesarnya, Sydney dan Melbourne, serta ibu kotanya Canberra. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg