Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Victoria lapor 5 kes Covid-19, permintaan vaksinasi melonjak

May 30, 2021 | 05:30 AM

MELBOURNE: Negeri Victoria melaporkan lima kes masyarakat Covid- 19 baru semalam sedang penduduknya bergegas ke pusat-pusat vaksinasi mengakibatkan keadaan orang beratur panjang dan gangguan teknikal pada sistem vaksinasi.

Ini sedang negeri itu diletakkan di bawah sekatan penuh bagi membendung penularan jangkitan dalam masyarakat Covid- 19 yang baru

Jangkitan semalam membawa jumlah jangkitan bagi kelompok terbaru di negeri itu kepada 35, manakala tempat yang berisiko setelah dilawati mereka yang dijangkiti koronavirus itu meningkat kepada 150, sekali gus meletakkan ribuan orang kepada risiko jangkitan.

Pihak berkuasa Victoria mengisytiharkan tempoh sekatan penuh selama seminggu bermula Khamis lalu, iaitu yang keempat diperkenalkan negeri itu, memaksa ribuan penduduk duduk di rumah.

"Kami memantau penularan ini hari demi hari," kata komander respons Covid-19 Victoria, Encik Jeroen Weimar.

"Kami baru sahaja memasuki hari kedua dalam tujuh hari sekatan penuh. Kami meminta sekatan diperkenalkan selama tujuh hari kerana banyak perkara perlu didalami, difahami dengan lebih terperinci," tambah beliau lagi dalam satu sidang media.

Penularan terkini di Victoria itu dikatakan berpunca daripada seorang pengunjung yang telah meninggalkan hotel di mana beliau sedang dikuarantin di Selatan Australia setelah diuji negatif. Bagaimanapun, pengunjung itu disahkan positif beberapa hari kemudian di Melbourne.

Dalam pada itu, penduduk negeri itu terpaksa beratur beberapa jam lamanya di pusat-pusat vaksin semalam kerana cuba menempah tempat bagi vaksinasi atau mendapatkan vaksinasi dengan mengunjungi secara langsung ke pusat-pusat tersebut.

Pada masa yang sama, talian bagi menempah vaksinasi juga telah mengalami gangguan.

"Kami telah melihat jumlah orang yang begitu ramai tampil mendapatkan vaksinasi, tetapi mesej saya adalah janganlah putus asa. Kami sedang melakukan segalanya untuk memperbaiki keadaan," ujar Menteri Kesihatan Victoria, Encik Martin Foley.

Mendapatkan vaksinasi Covid-19 adalah salah satu daripada lima sebab yang membolehkan penduduk Victoria meninggalkan rumah.

Lain-lain sebab adalah bagi pekerja sektor penting keluar menjalankan tugas bagi sebab-sebab penjagaan kesihatan, membeli keperluan harian dan bersenam. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3