Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Video kru kapal selam Indonesia nyanyi lagu perpisahan 'Sampai Jumpa' tular

Apr 27, 2021 | 5:07 PM
SAMPAI JUMPA: Beberapa minggu lalu, kru kapal selam yang tenggelam kelihatan menyanyi lagu 'Sampai Jumpa' dengan kata-kata membawa pesanan "Selamat Tinggal'. Semua ini terakam dalam video yang mereka tujukan bagi komander yang mengundurkan diri daripada khidmat tntera laut. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE
SAMPAI JUMPA: Beberapa minggu lalu, kru kapal selam yang tenggelam kelihatan menyanyi lagu 'Sampai Jumpa' dengan kata-kata membawa pesanan "Selamat Tinggal'. Semua ini terakam dalam video yang mereka tujukan bagi komander yang mengundurkan diri daripada khidmat tntera laut. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE -

BALI: Sebuah video memilukan yang memaparkan kru kapal selam Indonesia yang tenggelam baru-baru ini menyanyi penuh ceria di atas kapal berkenaan mula tular.

Video yang dirakam beberapa minggu sebelum KRI Nanggala-402 tenggelam dan menamatkan riwayat 53 kru kapalnya menunjukkan mereka menyanyikan lagu 'hit' Indonesia, Sampai Jumpa, yang membawa maksud mendalam 'Selamat Tinggal' atau 'Selamat Jalan'.

Komander kapal selam berkenaan, Heri Oktavian, adalah antara yang berhimpun di keliling seorang pelaut yang memetik gitar.

Sampai Jumpa yang merupakan lagu dendangan Endank Soekamti antara lain mempunyai lirik yang berbunyi begini: Datang akan pergi...Lewat 'kan berlalu...Ada 'kan tiada bertemu akan berpisah...Awal 'kan berakhir...Terbit 'kan tenggelam...Pasang akan surut bertemu akan berpisah...Hey, sampai jumpa di lain hari...Untuk kita bertemu lagi...Kurelakan dirimu pergi Meskipun ku tak siap untuk merindu...Ku tak siap tanpa dirimu...Kuharap terbaik untukmu...

Menurut jurucakap tentera Indonesia, Djawara Whimbo kepada agensi berita AFP, video tersebut dirakam sebagai mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang komander tentera laut kapal selam itu yang mengundurkan diri daripada khidmatnya.

Kapal selam buatan Jerman - satu dalam lima kapal di bawah Tentera Laut Indonesia - hilang awal dinihari Rabu (21 April) sedang ia dijadualkan menjalani latihan torpedo di lautan berhampiran Bali.

Pada Ahad (25 April), tentera Indonesia mengumumkan kapal selam itu telah ditemui dalam beberapa bahagian di dasar lautan, sekitar 800 meter di bawah permukaan. - Agensi berita AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg