Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Video lucah di Malaysia: Bapa Haziq buat laporan polis, dakwa rumah dipecah masuk

Jun 14, 2019 | 4:00 PM
c06292d5-f031-4146-8b21-751e45525b56
-

PETALING JAYA: Muhammad Haziq Abdul Aziz berkata keluarganya telah membuat laporan polis selepas tempat kediaman mereka di Sarawak 'dipecah masuk' lima orang pada 5 petang pada Khamis (13 Jun).

Bapanya Abdul Aziz Ibrahim membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Kuching pada 1 pagi pada Jumaat.

Dalam laporan itu, beliau berkata lima lelaki telah mencerobohi rumahnya di Kuching, dan mengaku sebagai pegawai polis dari Bukit Aman.

"Saya curiga akan kelakuan mereka dan bersetuju menandatangani borang atas permintaan mereka tanpa memerika borang itu," kata Encik Abdul Aziz.

Encik Haziq menerbitkan gambar laporan itu di Facebook pada Jumaat, dan berkata "biarkan keluarga saya dan berdepan dengan kebenaran!"

Encik Haziq telah menurunkan pos itu dari Facebook, tetapi gambar laporan polis itu dibiarkannya.

Rabu lalu, Encik Haziq, menerusi rakaman video, mendakwa bahawa beliau dan Menteri Ehwal Ekonomi Azmin Ali terlibat dalam video lucah yang menjadi tular.

Dakwaan itu dinafikan Datuk Seri Azmin.

Datuk Seri Azmin berkata ia adalah komplot jahat untuk mencemari reputasinya dan adalah satu percubaan untuk menghapuskan kerjaya politik beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg