Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video pemandu bas ekspres hisap rokok, guna telefon disebar susuli nahas Muar

Dec 27, 2016 | 10:02 AM



JOHOR BAHRU: Dua klip video pendek, yang menunjukkan pemandu bas ekspres merokok dan menggunakan telefon bimbit semasa bertugas, tersebar luas sejak disiar di Facebook pada Isnin (26 Dis), dua hari selepas kemalangan maut dekat Muar mengorbankan 14 orang.



Pos Facebook dua klip itu, dengan gambar syarikat bas dan nombor plat dipapar dengan jelas, dimuat naik pada kira-kira 2 petang Isnin oleh seorang pengguna Facebook, Firdaus Wong Wai Hung.



Klip 19 saat itu menunjukkan pemandu bas lelaki tersebut memandu menggunakan tangan kiri dengan tangan kanannya memegang rokok, dan sambil cuba mengimbangi telefon bimbit di atas ribanya.



Satu lagi klip, selama 16 saat, menunjukkan pemandu sama memegang telefon dengan kedua-dua tangannya, membaca mesej dan menghantar mesej.



Rakaman itu dibuat pada kira-kira 1.25 petang selepas Plaza Tol Tangkak. Bas itu dipercayai dalam perjalanan ke Muar dari Kuala Lumpur pada 26 Dis.



Sehingga 6 petang Isnin, pos Facebook itu menerima lebih 300 komen, kira-kira 2,000 perkongsian dan lebih 1,000 reaksi.



Syarikat bas tersebut, Mayang Sari Express, berkata ia telah menerima laporan mengenai pemandu itu dan akan menjalankan siasatan dalaman.



Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Johor, Encik Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata tindakan tegas boleh diambil terhadap pemandu bas itu kerana tidak mengawal kenderaan dengan betul semasa memandu.



Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesalahan serupa itu membuat laporan melalui e-mel ke aduan@jpj.gov.my dengan butiran tarikh, masa, nama pemandu (jika boleh), syarikat bas dan gambar serta video bagi menyokong laporan mereka. - The Star/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >