Video penumpang diheret keluar daripada pesawat tarik perhatian

CHICAGO (Amerika Syarikat): Disebabkan tempahan melebihi tempat duduk yang ada, pesawat United Airlines terpaksa meminta sebahagian penumpang yang telahpun berada dalam pesawat untuk keluar dan menaiki pesawat selanjutnya.

Jika enggan berbuat demikian, penumpang itu akan dikeluarkan secara paksa.

Satu rakaman video yang tular merakamkan insiden berkenaan, menunjukkan tiga pegawai keselamatan mengheret seorang penumpang lelaki dari pesawat United Airlines akibat terlebih tempahan tersebar, ketika kapal terbang sedang menunggu untuk berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Here, di sini.

Penumpang, Cik Audra D. Bridges menghantar video itu di Facebook selepas insiden petang kelmarin.

Ia menunjukkan polis mengheret seorang lelaki yang menjerit-jerit dari tempat duduk tepi tingkap.

https://youtu.be/ugts6X3HNls

"Semua orang terkejut dan tergamam. Ada beberapa kanak-kanak dalam pesawat dan mereka semua agak sedih," kata Bridges sambil menambah United menawarkan pampasan bayaran AS$800 (RM3,548.40) dan penginapan di hotel kepada penumpang yang dibatalkan penerbangannya.

Penumpang lain didengar berkata: "Oh Tuhan, tolong... Apa yang anda lakukan? Tidak. Ini salah. Oh Tuhan. Lihat apa yang anda lakukan kepadanya."

Cik Bridges, dari Louisville, ditukil akhbar The (Louisville) Courier-Journal, selepas penumpang menaiki pesawat menuju ke Louisville, Kentucky, mereka dimaklumkan empat sukarelawan diperlukan untuk menyerahkan tempat duduk mereka kepada kakitangan United yang perlu berada di bandar itu hari ini.

Katanya pesawat tidak akan berlepas sehingga kakitangan terbabit diberi tempat duduk.

Jurucakap United, Encik Charlie Hobart berkata, kakitangan syarikat penerbangan menamakan empat penumpang yang perlu meninggalkan pesawat dan tiga daripadanya sanggup berbuat demikian.

Katanya, anggota penguat kuasa kemudian dipanggil apabila penumpang keempat enggan keluar.

"Kami mematuhi tatacara yang betul. Pesawat perlu berlepas. Kami mahu pelanggan sampai ke tempat tujuan dan apabila seorang lelaki enggan keluar dari pesawat, kami terpaksa memanggil Jabatan Polis Chicago," kata Encik Hobart dalam perbualan telefon. - Agensi, BHM

Waktu Solat

Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.