Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video seks sejenis Malaysia: Video baru diedar di WhatsApp

Sep 06, 2019 | 10:49 AM



LAGI klip video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dan bekas ketua sayap pemuda PKR Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Encik Haziq Abdullah Abdul Aziz, telah dimuat naik di WhatsApp pada awal pagi Khamis (5 September).



Enam klip video tersebut, masing-masing sekitar tiga minit panjangnya, diedarkan pada 3.35 pagi dalam kumpulan yang dipanggil 'Video Terkini Azmin'.



Kumpulan WhatsApp tersebut mempunyai lebih 80 anggota daripada pihak media dan politik.



Klip- klip tersebut sepertinya adalah klip yang sama yang pernah diedarkan kepada pihak media sepanjang tempoh beberapa bulan lalu. 



Beberapa menteri pemerintahan Pakatan Harapan (PH), termasuk Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp tersebut.



Ahli majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam, turut dimasukkan ke dalam kumpulan itu.



Pada 12 Jun, Encik Haziq membuat pengakuan bahawa beliau merupakan salah seorang lelaki dalam video itu, dan juga mendakwa bahawa individu lain dalam video itu ialah Encik Azmin.



Encik Haziq turut mendakwa aksi tersebut telah dilakukan di sebuah bilik hotel di Sabah, semasa pilihan raya kecil pada 11 Mei.



Namun, beliau menafikan sebarang pengetahuan tentang video itu dipetik, selain menegaskan bahawa ia telah dirakam tanpa izinnya.



Encik Azmin menyangkal keras dakwaan Encik Haziq, dan menyifatkan video itu sebagai satu plot untuk membinasakan kerjaya politiknya.



Sementara ada yang mengatakan video itu palsu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, pada Julai telah berkata CyberSecurity Malaysia telah menentukan kesahihan video tersebut, tetapi teknologi pengenalan muka gagal mengenal pasti Encik Azmin.



Encik Hamid turut berkata bahawa seorang pemimpin parti politik merupakan dalang di sebalik usaha untuk merosakkan reputasi Encik Azmin.



Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan sebarang penglibatan.



Pada insiden yang lain, Encik Lokman telah mendakwa bahawa pakar Indonesia yang menganalisi video tersebut telah mengesahkan bahawa kededua lelaki dalam rakaman tersebut ialah Encik Azmin dan Encik Haziq.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >