Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video seks sejenis: Polis berkas enam termasuk pelaku seks Haziq

Jul 16, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Polis menangkap enam orang, termasuk bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang dikaitkan dengan beberapa video seks viral yang didakwa membabitkan timbalan presiden parti itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, mengesahkan mereka ditangkap di sekitar Lembah Klang kelmarin malam.



Mahkamah Majistret di sini semalam membenarkan Haziq, 27 tahun, dan lima orang itu ditahan reman enam hari hingga 20 Julai bagi membantu siasatan.



Mahkamah membenarkan permohonan polis untuk menahan reman keenam-enam lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Seksyen 377B Kanun Keseksaan ialah melakukan persetubuhan di luar tabii yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.



Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ialah penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 (kira-kira $16,6)atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.



Apabila ditanya apakah penangkapan lebih lanjut akan dibuat tidak lama lagi, Datuk Huzir berkata ia bergantung pada siasatan dan enggan mengulas lanjut.



Haziq dipecat sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin selepas mendakwa pada 15 Jun lalu bahawa dia dan Datuk Azmin adalah dua lelaki dalam klip video seks yang tular bulan lalu.



Datuk Azmin menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia satu konspirasi "orang dalam" partinya untuk menjatuhkannya.



Haziq, bekas ketua pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) cawangan Santubong di Sarawak, pertama kali ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 14 Jun sebelum dia dapat menaiki pesawat ke Manila.



Dia juga telah dipecat daripada PKR.



Polis membentuk sebuah pasukan petugas khas yang diketuai oleh Datuk Huzir, untuk menyiasat kes tersebut.



Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pada Sabtu lalu bahawa polis sedang hampir kepada sebuah "pakatan" yang menyebarkan tanpa nama klip itu melalui WhatsApp kepada ahli PKR dan wartawan.



"Kami masih menunggu keputusan makmal untuk menentukan kesahihan video itu," kata Datuk Seri Hamid sambil menambah bahawa pihak pendakwa telah dua kali menghantar semula kes itu dan meminta lebih banyak bukti. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >