Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Video seks sejenis: Rakyat Malaysia ingin tahu sama ada video tulen dan siapa di sebaliknya

Jul 16, 2019 | 4:37 PM
VIDEO SEKS SEJENIS: Datuk Seri Anwar berkata rakyat Malaysia juga ingin tahu siapa yang menyebarkan video seks sejenis melibatkan bekas ketua pemuda PKR.
VIDEO SEKS SEJENIS: Datuk Seri Anwar berkata rakyat Malaysia juga ingin tahu siapa yang menyebarkan video seks sejenis melibatkan bekas ketua pemuda PKR. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia ingin tahu sama ada video seks sejenis yang melibatkan bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali adalah tulen, kata presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Datuk Seri Anwar, rakyat juga ingin tahu siapa yang menyebarkan video itu.

"Siasatan kini dijalankan polis. Terdapat dua fasa... adakah video itu tulen dan siapa yang menyebarnya," katanya semasa satu sidang media di Parlimen hari ini (16 Julai).

Sementara itu, polis juga berkata mereka akan memperluas siasatan berhubung video tersebut, termasuk menyiasat kemungkinan penglibatan seorang ahli dewan undangan negeri.

Haziq dan lima lagi individu ditangkap polis di beberapa tempat di Lembah Klang kelmarin untuk membantu dengan siasatan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg