Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Video seks sejenis: Setiausaha politik Anwar antara suspek terkini yang ditangkap

Jul 17, 2019 | 10:41 AM
VIDEO SEKS SEJENIS: Ketua negeri Perak PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (kiri) dan bekas ketua pemuda PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz antara individu yang ditangkap berhubung video seks sejenis yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.
VIDEO SEKS SEJENIS: Ketua negeri Perak PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (kiri) dan bekas ketua pemuda PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz antara individu yang ditangkap berhubung video seks sejenis yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali. - Foto THE STAR, NSTP

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menangkap tiga lagi lelaki kelmarin (15 Julai), termasuk penolong kepada presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim, berhubung video seks sejenis yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Menurut akhbar The Straits Times, ketua negeri Perak PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ditangkap bersama dua lagi individu dekat Johor Bahru.

Setiausaha politik Datuk Seri Anwar itu sebelum ini nafi terlibat dalam penyebaran klip video tersebut dan menggesa Datuk Seri Azmin meletak jawatan sekiranya terdapat banyak bukti terhadapnya.

Enam lagi individu termasuk bekas ketua pemuda PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz - yang mendakwa beliau dan Datuk Seri Azmin merupakan dua lelaki dalam video itu - turut ditangkap Ahad lalu dan ditahan reman sehingga Sabtu.

Sementara itu, Datuk Seri Azmin telah menafikan bahawa orang dalam video itu adalah dirinya dan mendakwa terdapat konspirasi dalam parti tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg