Topik diikuti
Pergi ke BHkuVideo usaha selamatkan ibu dan anak tersebar
DISANJUNG: Gambar ini, yang diambil daripada rakaman video, menunjukkan seorang lelaki cuba memecahkan tingkap kereta untuk menyelamatkan anak kecil yang terperangkap di dalamnya. - Foto YOUTUBE -
Feb 14, 2016 | 5:30 AM
AMSTERDAM: Usaha menyelamat seorang wanita dan anak kecilnya dari sebuah sungai di Amsterdam yang dirakam menerusi video telah tersebar di media sosial.
Dalam kejadian penuh drama yang dikatakan berlaku minggu lalu, empat orang telah terjun ke dalam sungai yang amat sejuk untuk menyelematkan ibu dan anaknya yang terperangkap dalam kereta berwarna putih, sedang kenderaan itu tenggelam secara perlahan-lahan menurut laporan media.
