SPH Logo mobile
Langgan|

Vietnam siap hadapi Taufan Noru selepas landa Filipina

Vietnam siap hadapi Taufan Noru selepas landa Filipina

Sep 27, 2022 | 5:28 PM

Vietnam siap hadapi Taufan Noru selepas landa Filipina

SEDIA HADAPI TAUFAN: Taufan Noru diramal melanda Vietnam dengan orang ramai digesa agar berjaga-jaga dan berpindah ke tempat lebih selamat.
SEDIA HADAPI TAUFAN: Taufan Noru diramal melanda Vietnam dengan orang ramai digesa agar berjaga-jaga dan berpindah ke tempat lebih selamat. - Foto: AFP

HANOI: Vietnam menggesa rakyatnya hari ini (27 September) supaya berpindah ke tempat selamat sedang Taufan Noru semakin mendekati negara itu, selepas menyebabkan sekurang-kurangnya lapan kematian dan banjir meluas di Filipina.

Kelajuan angin diramal mencecah 183 kilometer sejam (kmj) lewat hari ini, kata agensi kaji cuaca negara itu, sambil menambah bahawa Taufan Noru dijangka mendarat di Vietnam hari ini sebelum menjadi lemah dan bergerak ke Thailand.

Taufan itu memaksa lapangan terbang di Vietnam ditutup, menyebabkan gangguan perjalanan, manakala ribuan penduduk terpaksa berpindah dari rumah mereka, menurut satu kenyataan rasmi.

Kelajuan angin mencecah 134 sehingga 149 kmj pada awal Selasa, kata agensi kaji cuaca itu.

"Kita tidak mempunyai banyak masa lagi. Ribut semakin hebat jadi tindak balas kita mesti lebih pantas," kata Perdana Menteri, Encik Pham Minh Chinh, dalam satu mesyuarat tindak balas bencana kecemasan hari ini.

"Pemindahan mesti dilakukan secepat mungkin dengan keutamaan dberi kepada nyawa dan aset orang ramai."

Pihak berkuasa penerbangan Vietnam telah menutup sembilan lapangan terbang di seluruh negara mulai hari ini, memaksa ratusan penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan.

Kira-kira 270,000 anggota tentera telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia, kata satu kenyataan pemerintah.

Kawasan paling teruk dilanda banjir dijangkakan ialah wilayah tengah Quang Ngai, tempat utama penapisan minyak Dung Quat; dan Quang Nam, tapak Warisan Dunia Hoi An, kata agensi meteorologi itu.

Di Filipina, taufan itu melanda negara itu Ahad malam, kata pihak berkuasa dan melaporkan sekurang-kurangnya lapan kematian, dan kira-kira 74,000 berteduh di pusat pemindahan. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg