JOHOR BAHRU: Seorang peniaga kunafa yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal filem Fast and Furious, Vin Diesel, menjadi tarikan di Bazar Ramadan di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, di sini.
Berpenampilan botak dan bertubuh sasa, melihat gaya berjalan Encik Mohamed Ahmed Mahmoud Shokr, 39 tahun, dari keretanya sambil membawa barangan jualan makanan Timur Tengah itu menuju ke gerainya, tidak ubah seperti watak Dominic Toretto atau Dom dalam filem berkenaan.
Berasal dari Mesir, bapa tunggal dua anak itu berkata beliau sudah setahun menetap di Malaysia dan Ramadan kali ini merupakan pengalaman pertamanya berniaga di situ. - Agensi berita.
1 Syawal dijangka jatuh 21 April: Pusat astronomi
DUBAI: Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.
Menurut portal Gulf News, bagaimanapun, beberapa negara di Asia, termasuk Australia, mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas. - Agensi berita.
AlNeyadi bakal jadi Arab pertama 'jalan di angkasa'
DUBAI: Pusat Angkasa Mohammed Bin Rashid (MBRSC) Amiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan pemilihan Encik Sultan AlNeyadi sebagai angkasawan Arab pertama yang akan 'berjalan di angkasa' semasa Ekspedisi 69 di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan pada 28 April.
Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), UAE akan menjadi negara ke-10 yang akan melakukan perjalanan di angkasa. - Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg