Virus baru Langya jangkiti 35 orang di China; pakar sedang kaji jika ia boleh merebak sesama manusia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Virus baru Langya jangkiti 35 orang di China; pakar sedang kaji jika ia boleh merebak sesama manusia

Aug 10, 2022 | 6:12 PM

Virus baru Langya jangkiti 35 orang di China; pakar sedang kaji jika ia boleh merebak sesama manusia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Virus baru Langya dilaporkan menjangkiti beberapa penduduk di wilayah Shandong.
Virus baru Langya dilaporkan menjangkiti beberapa penduduk di wilayah Shandong. - AFP

BEIJING: Satu virus baru, yang boleh berjangkit daripada haiwan ke manusia, telah menjangkiti 35 orang di wilayah Shandong dan Henan, menurut satu kajian saintis dari China, Singapura dan Australia yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine. Setakat ini, tiada bukti penularan dari manusia ke manusia. Virus yang dinamakan Henipavirus (juga dipanggil Langya henipavirus atau LayV) kali pertama dikesan pada akhir 2018 tetapi dikenal pasti secara rasmi oleh saintis hanya minggu lalu, lapor The Guardian. Ia ditemui berkat sistem pengesanan awal berkaitan mereka yang demam dan dengan sejarah pendedahan baru-baru ini kepada haiwan, lapor Bloomberg. Virus itu ditemui selepas sapuan kerongkong diambil daripada pesakit yang kebanyakannya petani. Virus itu dianggap sepenuhnya baru, bermakna ia belum menjangkiti manusia sebelum ini. Namun, dua virus daripada jenis sama telah dikenal pasti sebelum ini - virus Hendra dan virus Nipah. Kedua-duanya boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan kadangkala membawa maut. Belum ada vaksin atau rawatan bagi virus itu, lapor The Sun. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg