ROME: Serpihan virus cacar monyet yang telah dikesan dalam air mani beberapa pesakit di Italy menimbulkan persoalan sama ada penyakit itu boleh dijangkiti secara seksual, kata para saintis.
Virus cacar monyet difahami boleh dijangkiti melalui kontak rapat dengan mereka yang telah dijangkiti melalui ciri uniknya - tumor (lesion) kulit dan titisan cecair dari mulut atau hidung.
Kebanyakan kes yang dikenal pasti semasa penularan kini adalah pasangan seksual yang mempunyai kontak rapat.
Namun, penyakit jangkitan kelamin seperti HIV/Aids, chlamydia dan sifilis difahami berpunca daripada patogen yang diberi daripada seseorang kepada yang lain dari segi mani, cecair faraj atau cecair badan lain. - Reuters
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg