Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Virus Wuhan: Kematian keempat dilaporkan, 15 pekerja perubatan dijangkiti

Jan 21, 2020 | 1:02 PM
0123f9b6-ea91-402d-8c14-6f7e5fcea4c6
- EPA-EFA

SHANGHAI: Seorang lelaki menjadi mangsa keempat meninggal dunia akibat radang paru-paru di pusat bandar Wuhan, China.

Lelaki berusia 89 tahun itu mengalami simptom virus itu Isnin lalu sebelum dimasukkan ke hospital lima hari kemudian.

Ini selepas dia mengalami masalah pernafasan yang teruk, kata Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan dalam satu kenyataan. Dia meninggal dunia Ahad lalu.

Dalam kenyataan berasingan, suruhanjaya itu menjelaskan 15 kakitangan perubatan di bandar itu sudah didiagnosis pneumonia, dengan satu kes disyaki positif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg