Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian di Kemboja hadiri mesyuarat menlu Asean

Aug 2, 2022 | 5:30 AM
3432228f-8c8e-4142-9619-938c50e01b1f
-

MENTERI Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, akan berada di Phnom Penh, Kemboja dari hari ini hingga Jumaat bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-55 dan beberapa mesyuarat sampingan yang lain.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, AMM ke-55 akan mengkaji semula usaha Pembangunan Masyarakat Asean dan membincangkan cara untuk terus mengukuhkan pusat dan perpaduan Asean.

"Mesyuarat itu juga akan mengkaji respons kolektif Asean terhadap cabaran serantau dan sejagat di bawah tema Pengerusi Kemboja "Asean A.C.T.: Menangani Cabaran Bersama", termasuk pemulihan pasca-Covid-19,'' ujar MFA.

AMM akan mengambil kira usaha untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara yang dicapai dalam Mesyuarat Pemimpin Asean pada 24 April 2021 di Jakarta.

Selaim AMM, beliau juga akan menghadiri Sidang Pasca Menteri (PMC), Mesyuarat Menteri Luar Asean + 3 (APT) ke-23 (FMM), Sidang Puncak Asia Timur (EAS) FMM ke-12 dan Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-29.

Asean juga akan terlibat dengan rakan dialognya di PMC, iaitu Australia, Canada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, New Zealand, Republik Korea, Russia, Britain dan Amerika Syarikat.

Pada APT FMM ke-23, EAS FMM ke-12, dan ARF ke-29, Encik Balakrishnan akan berbincang dengan rakan sejawatannya mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang sedang berlaku dan baru, serta membincangkan cara untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg