Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vivian gesa AS beri perhatian serius pada Asean

Tekankan Asia Tenggara ada kelebihan, sedar padah konflik dengan China dalam temuan bersama pemimpin kanan di Washington
Oct 01, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat harus memberi perhatian kepada Asean - yang penduduknya berjumlah 650 juta orang dan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bernilai AS$2.8 trilion ($3.8 trilion) dan bakal meningkat dua kali ganda dan seterusnya empat kali ganda dalam dua dekad akan datang - kata Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan di Washington kelmarin.



Berkata demikian selepas menamatkan lawatan kerja dua hari ke ibu kota Amerika itu, Dr Balakrishnan menekankan bahawa Asean mempunyai kelebihannya tersendiri.



Ia komponen utama pesan yang beliau sampaikan dalam beberapa pertemuan di Washington, termasuk bersama Senator Demokrat Bob Menendez, ketua Jawatankuasa Hubungan Luar Negara Senat; dan ketua bersama Kongres Singapura Kokus, Ahli Kongres, Encik Rick Larsen, seorang Demokrat dari Washington, dan David Schweikert, seorang Republikan dari Arizona.



Sebelumnya, beliau bertemu Penyelaras Ehwal Indo-Pasifik Kurt Campbell, dan Setiausaha Negara Antony Blinken.



Dr Balakrishnan menarik perhatian bahawa ada keprihatinan dan kegelisahan terhadap kebangkitan China, tetapi ada juga kesedaran tentang akibat daripada sebarang konflik secara tidak sengaja atau yang dirancangkan, lapor The Straits Times.



Beliau juga memaklumkan kepada pihak Amerika bahawa Asia Tenggara wajar dilabur dalam banyak bidang, daripada perdagangan hingga ekonomi digital, selain membincangkan tentang persiapan pandemik dan rantaian bekalan selamat.



"Dari perspektif Asia Tenggara, kami sedar taruhannya sangat tinggi, dinamika hubungan AS-China telah membawa akibat sangat besar," katanya kepada media Singapura.



"Tetapi, Asia Tenggara tidak ingin menjadi alat, atau arena, bagi pertandingan proksi antara dua kuasa besar itu," katanya.



Amerika pelabur terbesar di Asia Tenggara, dengan lebih banyak pelaburan di rantau ini daripada pelaburan gabungannya di India, China, Jepun dan bahkan Korea Selatan, ujarnya.



Beliau menambah: "Pada pihak satu lagi, China adalah rakan dagang terbesar bagi hampir semua kita di Asia Tenggara. Tetapi, jika anda bertanya kepada orang China, rakan dagang terbesar bagi China sekarang ialah Asean, iaitu Asia Tenggara."



Banyak peluang besar akan muncul di rantau ini dalam dua dekad akan datang, katanya.



"Beri perhatian serius pada Asia Tenggara berdasarkan merit kami dan (jangan) hanya melihat kami dari segi persaingan kuasa besar."



Dr Balakrishnan menekankan bahawa bagi Asia Tenggara, perdagangan dan pelaburan adalah strategi.



"Ekonomi yang mendorong strategi," ujarnya.



Dan beliau juga membuat seruan kepada Amerika agar menimbangkan Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).



Amerika membantu membentuk CPTPP dalam usaha awal gabungan 12 negara itu sebelumnya, iaitu Kerjasama Rentas Pasifik (TPP).



Namun, salah satu tindakan pertama mantan presiden Donald Trump setelah memegang jawatan pada Januari 2017 ialah menarik keluar Amerika daripada apa yang disebutnya sebagai perjanjian perdagangan "yang membunuh pekerja" - mengecewakan 11 negara lain yang kemudian meneruskan usaha itu dan membentuk CPTPP.



Setakat ini, pentadbiran Presiden Joe Biden tidak membuat sebarang langkah untuk menyertai semula CPTPP. Banyak pakar berpendapat Amerika melakukan kesalahan dalam mengosongkan ruang tersebut.



Dalam satu perkembangan penting, pada 16 September, China secara rasmi mengajukan permintaan menyertai CPTPP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >